Argentina berpesta di Lusail Iconic Stadium apabila menjulang Piala Dunia 2022 apabila berjaya menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 minit terikat 3-3 pada aksi final penuh dramatik yang berlangsung sebentar tadi.

Kemenangan bersejarah yang turut dibantu sumbangan dua jaringan Lionel Messi dan Angel Di Maria dalam 120 perlawanan itu menyaksikan Argentina meraih gelaran juara dunia buat kali ketiga selepas melakukannya sebelum ini pada edisi 1978 dan 1986.

Rodrigo De Paul terlebih dahulu mengancam kubu lawan seawal minit kelima tapi percubaan volinya daripada luar kawasan penalti mudah ditangkap penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Masuk ke Brazino777 adalah langkah pertama untuk menikmati pengalaman kasino online yang menarik. Untuk mengakses akun Anda, cukup kunjungi situs web resmi Brazino777 melalui browser perangkat Anda. Dengan mengetik https://casinobrazino777.com/jogo-da-galera pada kolom alamat dan menekan “Enter”, Anda akan diarahkan ke halaman beranda kasino.
Di sudut kanan atas beranda, Anda akan menemukan opsi untuk “Masuk” atau “Login”. Klik opsi ini untuk melanjutkan proses login. Jendela atau halaman baru akan terbuka, meminta Anda memasukkan detail login Anda.

Kem Argentina melonjak kegembiraan pada minit ke-23 apabila Messi tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan skuad La Albiceleste dihadapan.

Sepakan penalti itu dihadiahkan pengadil perlawanan dari Poland, Szymon Marciniak berikutan kekasaran dilakukan Ousmane Dembele dalam kawasan penalti terhadap Di Maria.

Jaringan tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Lionel Scaloni untuk menambah jaringan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-36 menerusi Di Maria.

Berpunca daripada serangan balas pantas dimulakan Messi untuk memberikan ruang kepada Alexis Mac Allister melakukan larian pantas di sebelah kiri pintu gol Perancis.

Dua watak penting pasukan masing-masing. Kredit Foto: Twitter FIFA World Cup

Beliau kemudiannya melorongkan bola dengan cukup baik kepada Di Maria untuk membolehkan pemain lincah itu menewaskan Lloris untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Memasuki babak kedua, Argentina kelihatan lebih berbahaya di hadapan pintu gol lawan manakala Perancis terus buntu untuk mendapatkan walau satu percubaan tepat.

Ia jelas dibuktikan apabila Argentina semakin bernafsu dengan dua percubaan tepat menerusi percubaan De Paul serta Julian Alvarez yang dinafikan Lloris pada minit ke-49 dan 59.

Ketika penyokong Argentina sudah mula berangan-angan untuk berpesta, kebangkitan lewat permainan dijelmakan oleh Perancis apabila Kylian Mbappe merapatkan jurang pada minit ke-80 hasil sepakan penalti disudahkannya ekoran kekasaran Nicolas Otamendi terhadap Randal Kolo Muani.

Tidak cukup dengan itu, Mbappe membuktikan beliau merupakan antara peledak berbisa pada ketika ini selepas percubaan volinya setelah menerima hantaran Marcus Thuram berselang seminit kemudian gagal diselamatkan Martinez untuk kedudukan kembali terikat.

Mendapat tonik berguna susulan dua gol pantas itu, Perancis terus berubah watak dengan mendominasi permainan serta beberapa kali mengancam kubu Argentina.

Namun pada masa kecederaan, Argentina mendapat peluang terbaik untuk menoktahkan perjuangan kedua-dua pasukan tetapi rembatannya daripada luar kawasan penalti ditepis keluar Lloris untuk perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Messi sekali lagi memberikan kelebihan buat Argentina ketika permainan memasuki minit ke-108 apabila tolakan susulannya selepas rembatan jarak dekat Lautaro Martinez diselamatkan Lloris menjadikan kedudukan 3-2.

Skrip seperti aksi 90 minit berulang kembali selepas Perancis mendapat sepakan penalti pada lewat permainan susulan sepakan Mbappe yang terkena tangan Gonzalo Montiel dalam kawasan penalti.

Mbappe yang mengambil sepakan tersebut pada minit ke-118 tidak berdepan masalah untuk menyudahkannya bagi melengkapkan hatrik sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni menyempurnakan sepakan penalti akhirnya menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia ketiga buat Argentina.

Sepakan penalti

Perancis

1) Kylian Mbappe – Gol

2) Kingsley Coman – Diselamatkan Emiliano Martinez

3) Aurelien Tchouameni – Tersasar

4) Kolo Muani – Gol

Argentina

1) Lionel Messi – Gol

2) Paulo Dybala – Gol

3) Leandro Paredes – Gol

4) Gonzalo Montiel – Gol