Argentina singkir Australia dan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022.

Lionel Messi menghasilkan magisnya ketika membantu Argentina mara ke suku akhir Piala Dunia pada penampilan ke-1,000 kariernya.

Juara dunia dua kali Argentina menewaskan Australia 2-1 dalam aksi yang agak mendebarkan pada separuh masa kedua.

Messi, 35, memenangi kaps ke-169 untuk negaranya yang memerlukan kecemerlangannya untuk membawa mereka ke pusingan seterusnya bagi menempah tiket untuk perlawanan suku akhir yang menarik menentang Belanda pada Jumaat.

Argentina hampir tidak mengancam lawan mereka pada separuh masa pertama dari segi peluang gol.

Namun bintang Paris St-Germain, Lionel Messi menceriakan penyokong Argentina ketika dia melencong bola leret untuk gol pertama Argentina.

Ia adalah gol ke-789 dalam kariernya, 94 daripadanya datang daripada aksi bersama Argentina, dan Messi kini menjadi penjaring terbanyak bersama di Qatar 2022.

Ia gol yang menamatkan rekod pelik tidak pernah menjaringkan gol di pusingan kalah mati Piala Dunia.

Messi turut memintas mendiang Diego Maradona sebagai penjaring terbanyak untuk La Abiceleste dalam Piala Dunia.

Argentina singkir Australia

Messi menjadi ancaman sukar dibendung lawan sepanjang perlawanan. Dia menghasilkan salah satu persembahan individu terbaik dalam Piala Dunia kali ini.

Pada beberapa ketika pemain pemain. Australia terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghentikan Messi.

Penyokong negara Amerika Selatan kemudian meraikan gol kedua oleh bintang masa depan dalam pembikinan, Julian Alvarez menghukum kesilapan Mat Ryan untuk menggandakan kelebihan mereka.

Australia telah mengancam sangat sedikit dalam perlawanan ini, secara tiba tiba membuatkan Emi Martinez dan rakan rakannya cemas.

Mereka berjaya mendapatkan satu gol ketika aksi berbaki 13 minit apabila gol pemain gantian Craig Goodwin melakukan rembatan yang terbias pada Enzo Fernandez.

Australia boleh menyamakan kedudukan sejurus selepas itu menerusi Aziz Behich, yang melakukan larian solo yang luar biasa melepasi empat pemain Argentina, tetapi rembatannya disekat oleh cabaran menggelongsor Lisandro Martinez.

Argentina sebenarnya memiliki beberapa siri peluang untuk membunuh perlawanan menerusi pemain gantian, Lautaro Martinez dalam usahanya mendapatkan gol Piala Dunia pertamanya. 

Dia menerima 3 peluang keemasan dan 2 daripadanya adalah peluang yang dianggap peluang terhidang. Tetapi Martinez hilang karakter pemusnah dalam percubaannya.

Australia hampir menghukum pembaziran itu pada percubaan terakhir sebelum tamat perlawanan, namun pemain pemain Argentina jelas berterima kasih kepada Emi Martinez.

Penjaga gol Aston Villa itu melakukan penyelamatan luar biasa.

Tamat perlawanan Argentina 2 Australia 1. La Abiceleste mara ke suku akhir dan akan menentang Belanda yang menyingkirkan cabaran Amerika Syarikat.