Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasukan juara dunia, Argentina dikhabarkan bakal turun berdepan pasukan dari Asean pada jendela perlawanan FIFA pada bulan Jun nanti.

Artikel Berkaitan:

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Asean.

Meskipun begitu, Asean Football tidak menyebut negara Asia Tenggara mana yang bakal menjadi lawan kepada Lionel Messi dan rakan-rakan sekaligus identiti pasukan lawan masih menjadi misteri.

Sebelum ini, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir sempat berkomunikasi dengan AFA dan juga persatuan negara lain ketika Kongress FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda bulan lepas.

ā€œKetua PSSI berkomunikasi dengan beberapa persatuan. Yang sedang diusahakan adalah Argentina pada kalendar FIFA bulan Jun 2023. Namun, ini masih di peringkat perancangan. Nanti tunggu Pak Erick Thohir buat keputusan.

ā€œKemudian juga bersama Arab Saudi dan Jepun. Mengenai Jepun ini, mereka memberi komitmen untuk membantu kita. Itu luar biasa,ā€ katanya seperti dipetik dalam Bola.net.

PSSI juga tidak kisah jika Argentina hanya menghantar pasukan bawah 23 tahun atau skuad kedua tanpa kelibat bintang terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Angel Di Maria dan Paulo Dybala.

ā€œArgentina boleh saja hantar pasukan B-23 atau pasukan bawah umur yang lain. Kita masih belum tahu.

ā€œKomitmen Erick Thohir adalah untuk membawa pasukan berkualiti ke sini tetapi masih bergantung kepada tahap persiapan kita,ā€ jelas Zainuddin.