Juara Piala Dunia 2022, Argentina bakal mengadakan perlawanan persahabatan yang mana Bangladesh dipilih sebagai venue bagi aksi tersebut.

Perkara ini disahkan oleh presiden Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF), Kazi Salahuddin yang mana perlawanan persahabatan tersebut akan diadakan di Stadium Bangabandhu.

“Argentina menegaskan mereka berkemungkinan besar bakal melawat Bangladesh pada bulan Jun ini dan venue untuk perlawanan persahabatan akan berlangsung di Stadium Bangabandhu.

“Mereka akan memberikan senarai pasukan yang akan menjadi lawan dan kami akan memilih pasukan yang sesuai. Perbincangan mengenai lawatan juara dunia ini sudah hampir muktamad,” kata Kazin Salahuddin.

Dua pasukan ketika ini berada dalam senarai pendek untuk turun menentang Lionel Messi dan rakan sepasukan iaitu Morocco, pasukan yang menghuni tangga keempat ketika temasya di Qatar dan pasukan gergasi Asia iaitu Jepun.

Ketika temasya Piala Dunia 2022 di Qatar, rakyat Bangladesh memberikan sokongan padu kepada Argentina dimana mereka berpesta ketika skuad La Albiceleste menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir.

Rakyat Bangladesh mula memberikan sokongan terhadap Argentina ketika negara itu memenangi Piala Dunia 1986 yang mana pasukan itu diketuai oleh Diego Maradona.

Lawatan kali ini merupakan kali kedua skuad bimbingan Lionel Scaloni ke negara Asia Selatan itu dimana kali pertama ialah pada 2011 ketika menentang Nigeria dimana Stadium Bangabandhu dipenuhi oleh ribuan penyokong tuan rumah.