Konfederasi bola sepak Asia (AFC) berharap dapat mengumumkan tuan rumah Piala Asia 2027 secepat mungkin untuk memberi lebih banyak masa membuat persediaan menganjurkan kejohanan yang disertai oleh 24 pasukan itu.

Hari ini AFC mengeluarkan kenyataan rasmi melanjutkan tempoh sehingga 3 bulan kepada setiap negara Asia untuk menghantar bidaan hak tuan rumah masing-masing.

Disebabkan seluruh dunia terjejas susulan penyebaran wabak COVID-19, AFC mengumumkan tarikh 31 Mac 2020 hingga 30 Jun kepada negara yang berminat untuk menghantar permohonan rasmi menjadi tuan rumah kejohanan berprestij Asia itu.

“Keputusan itu diambil berdasarkan perkembangan semasa wabak pandemik COVID-19  yang membenarkan persatuan terjejas mempunyai tempoh yang mencukupi untuk memenuhi proses dalaman dan garis masa mereka,” kata AFC dalam satu kenyataan.

Arab Saudi yang merupakan juara Piala Asia sebanyak 3 kali setakat ini tidak pernah menjadi tuan rumah kejohanan itu selepas kali terakhir mereka cuba membida hak tuan rumah pada tahun tahun 2007.

Mereka kini merupakan calon utama selepas Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengesahkan telah menghantar permohonan rasmi kepada AFC untuk membida hak tuan rumah Piala Asia 2027.

Presiden SAFF, Yasser Al Mesiha yakin dengan kemampuan negaranya untuk menganjurkan Piala Asia berdasarkan pengalaman mereka mengendalikan acara sukan bertaraf dunia seperti Formula E, Kejohanan Golf Jemputan Eropah dan kejohanan tinju dunia.

“Kami mempunyai rekod baik dan pelbagai kejayaan di peringkat Asia yang dicapai oleh kelab serta skuad kebangsaan.

“Kami berharap dapat sokongan yang padu daripada kerajaan dan rakyat Arab Saudi untuk meneruskan hasrat menganjurkan kejohanan bola sepak berprestij pada tahun 2027,” katanya.

Untuk Piala Asia 2023, AFC sudah pun mengumumkan China sebagai tuan rumah rasmi dimana perlawanan akan berlangsung di 10 bandaraya yang terpilih.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Ramalan Arsene Wenger Kini Menjadi Kenyataan, Nguyen Tuan Anh Pemain Paling Berbakat Di Mata ‘Le Professeur’

Son Heung-min Sertai Kem Latihan Tentera Selama Empat Minggu

8 Buah Kelab Thai League Miliki ‘In-House Production’ Jersi, ‘Freedom’ Hasilkan Produk Mengikut Demografik