Penjaga gol tinggi lampai, Aqil Akashah Muhammad Nazmi menikmati permulaan karier yang cukup membanggakan apabila dipanggil untuk menyertai latihan pusat skuad Bawah 17 Tahun (B-17) Malaysia

Akil menjadi salah seorang daripada 39 pemain yang kini  sedang menjalani kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 1 bermula  Februari hingga 12 Februari 2023 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Pahang sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-17 2023 di Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

Malaysia layak ke Piala Asia B-17 2023 apabila skuad kendalian Osmera Omaro itu muncul juara Kumpulan B pada saingan kelayakan di Jakarta, Indonesia, Oktober lalu selepas meraih tiga kemenangan iaitu ke atas Palestin 4-0, UAE 3-2 dan Indonesia 5-1 serta satu seri iaitu dengan Guam 1-1, Oktober tahun lalu.

Bagi Aqil Akashah, panggilan untuk menyertai sesi latihan dan pemilihan ini boleh diibaratkan sebagai impian jadi nyata buatnya kerana penjaga gol tinggi lampai itu hanya beberapa minggu menyertai skuad Piala Belia Terengganu (Terengganu IV).

Menurut sumber laporan Sukanz, bakat pemain muda itu mula dihidu Ketua Unit Pembangunan Akar Umbi Akademi Kerteh FC yang melihat kemampuan hebat ditampilkan Akil Akashah ketika bermain futsal di kawasan kampungnya.

Aqil Akashah
Kredit Foto: Kerteh FC

Keadaan itu sekali gus telah merintis kepada peluang buatnya untuk membuat penampilan bersama pasukan B-14 dan kemudiannya B-16 dimana Aqil Akashah semakin menunjukkan peningkatan.

Aqil juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerteh FC  muncul juara Liga Remaja B-16 anjuran KAL Leagues.

Sehubungan dengan itu dengan berbekalkan kualiti serta fizikal yang cukup baik dimilikinya, tidak hairanlah khidmat Aqil Akashah menarik minat Terengganu IV sehingga mendapat peluang untuk membuktikan kemampuannya dalam skuad B-17 negara.

 

Sumber