Bola sepak adalah sukan yang paling popular di dunia. Ianya dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun satu perkara yang kekadang menjadi masalah adalah, ramai tak nak menjadi penjaga gol. Semua nak menggelecek dan manjadi outfield player.

Oleh itu, di Brazil, ada dua orang rakan telah mencipta aplikasi untuk membolehkan pasukan amatur ataupun liga sosial menyewa penjaga gol, sama ada untuk pertandingan komuniti dan main petang-petang / malam.

Dicipta oleh Samuel Toaldo dan Eugen Braun – di mana mereka berdua merupakan penjaga gol. Mereka mencipta Golero de Aluguez (Penjaga gol untuk disewa)

Goleiro1

Aplikasi ini macam grabfood tu, di mana mereka membuka pendaftaran kepada penjaga gol dan kemudian penyewa boleh menyewa penjaga gol yang mereka mahukan.

Maklumat yang terdapat pada sewaan ini termasuk tarikh, masa dan tempat, dan menawarkan juga kontrak lebih panjang untuk kegunaan pertandingan.

Mereka berdua mulai terfikir membangunkan aplikasi tersebut selepas mendapati hampir 70% pasukan yang bermain dengan rakan mereka tidak ada penjaga gol daripada jutaan perlawanan bola sepak dan futsal setiap bulan di negara mereka.

Aplikasi ini mendapat sambutan hangat. Malah ada penjaga gol yang bekerja menjadi penjaga gol sewaan sepenuh masa buat masa ini.

Terdapat tiga pilihan nilai, semuanya berkaitan dengan masa bermain. Untuk aksi selama 60 minit, jumlah yang perlu dibayar untuk setiap panggilan adalah R$ 30.00 (RM26.20).

Bagi aksi selama 90 minit, R$ 45.00 (RM39.30) dan jika disebutkan aksi 120 minit, “sewa” adalah R$60.00 (RM52.40).

Goleiro6

60% daripada nilai bayaran akan diberikan kepada penjaga gol.

Kini mereka sudah mempunyai lebih dari 3,700 penjaga gol berdaftar dari seluruh Brazil yang menggunakan aplikasi yang baru dilancarkan ini.

Sejak aplikasinya tersedia pada akhir bulan Ogos, lebih daripada 1,600 tempahan dibuat.

Selain itu aplikasi ini juga menawarkan pilihan kepada pembida untuk menewaskan bidaan lain dengan nilai lebih tinggi.

Baca juga perkembangan lain

Serie A Mungkin Tidak Dapat Ditamatkan Kerana Gelombang Kedua Koronavirus

Herrera Ingatkan Pogba, Kalau Nak Ke Real Madrid, Dia Kena Konsisten

Bayern Buatkan Bundesliga Jadi Bosan Dan Menyedihkan, Kata Leno