Dalam perlawanan separuh akhir 1 AFF Suzuki Cup 2018 diantara Malaysia bertemu Thailand yang lalu, tifo yang dipersembahkan oleh Ultras Malaya menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia.

Namun, tidak ramai tahu mengenai apa mesej yang cuba disampaikan oleh Ultras Malaya melalui tifo yang memiliki lakaran gajah, harimau, mahkota diatas meja, sebuah kerusi raja serta latar belakang ‘the rising sun’ hitam kuning.

Pihak VocketFC telah menghubungi wakil Ultras Malaya untuk mendapatkan penjelasan bagaimana idea tifo ini timbul sehingga diangkat didalam Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia bertemu Thailand.

Ds0liDMVYAE6svt

Tifo pada pertemuan dengan Thailand itu sebenarnya adalah satu kesinambungan dari tifo yang telah dibuat dalam perlawanan bertemu Myanmar, dimana konsepnya adalah ‘Ekor’. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, ada 11 ekor harimau dan 1 Ultras Malaya (ekor) yang menjadikan seekor harimau berdiri utk tifo kali ini.

Tifo yang dipersembahkan pada malam itu terbahagi kepada 3 bahagian utama; Tifo gajah, Tifo harimau, ‘Rising Sun’ dan banner.

Lakaran ketiga-tiga perkara diatas digarap dari konsep ‘Jangan Gentar. Kita Lawan’ kerana seperti yang kita tahu Thailand adalah juara bertahan AFF Suzuki Cup dan Malaysia pula adalah sebagai ‘underdog’.

Dalam tifo gajah yang digantung itu mengandungi lakaran seekor gajah – simbolik kepada pasukan Thailand, sebuah kerusi raja – simbolik kepada tempat sebagau juara AFF Suzuki Cup dan mahkota – simbolik kepada trofi kejuaraan.

d9adba91-bda8-4842-8d46-e836dc73b0a3

Tifo harimau pula jika dilihat dari sudut yang berbeza, kita dapat melihat tangan harimau itu menunjuk ke arah yang berbeza dari tempat penonton. Perspektif 3D yang cuba disampaikan adalah;

  • Kearah gajah: Harimau mencabar gajah untuk memiliki mahkota kejuaraan dan berada dikerusi raja.
  • Kearah mahkota: Harimau mahu memiliki mahkota kejuaraan itu, biarpun siapa lawan yang akan dihadapi.
  • Kearah kerusi raja: Harimau mahu menjadi raja.

d922126d-77c2-4755-8aae-9f535b06afbb

Walaupun tifo itu mungkin dilihat dari sudut dan perspektif yang berbeza, matlamatnya adalah satu iaitu untuk muncul sebagai juara.

Saiz Gajah Yang Besar Dan Harimau Yang Kecil

Saiz gajah yang nyata lebih besar berbanding harimau juga merupakan simbolik kepada Thailand yang merupakan juara bertahan serta ‘favourite‘ dalam kejohanan dan Malaysia sebagai pasukan ‘underdog‘.

Selain itu, seperti yang kita sedia maklum, pemain-pemain Malaysia terlalu ‘segan’ apabila berdepan lawan yang kuat seperti Thailand.

DtWrn6fUUAAC9D4.jpg_

Jadi, bagi menghilangkan mentaliti itu, Tifo itu akan buat supaya – biar sebesar mana dan sekuat mana pun pasukan lawan, kita tidak perlu gentar. Ini yang kami cuba sampaikan sebenarnya.

Jika diperhatikan, sejak dari peringkat kumpulan lagi kita cuba mengelak untuk bertemu Thailand kerana tidak yakin untuk mengatasi Thailand ke perlawanan akhir.

Pihak media juga menambahkan lagi tekanan kepada pemain serta penyokong dengan tajuk didada akhbar seperti “Malaysia Memilih Jalan Sukar” sebagai contoh. Moral para pemain akan terkesan dengan perkara seperti ini dan tugas kami untuk memberitahu kepada pemain – JANGAN GENTAR.

Tugas Menyiapkan Tifo Dilakukan Secara Kolektif

Bukan senang untuk menyiapkan tifo seperti yang dilihat dalam perlawanan tempoh hari dan kerjasama dari pelbagai pihak secara kolektif dan sukarela oleh komuniti Ultras Malaya.

Tifo Gajah: Tifo ini telah dibuat di Kelantan dengan kekuatan tenaga seramai 5 orang sahaja. Tempoh masa yang diambil bagi mengecat tifo gajah ini adalah selama 4 hari 3 malam.

Kenapa di Kelantan?

Menurut maklumat yang diceritakan kepada kami, di Kelantan mereka mempunyai kawasan yang cukup untuk melakukan kerja ini berbanding lokasi lain. Walaupun mereka menghadapi kekurangan tenaga kerja, namun dengan semangat yang tinggi, tifo sebesar itu berjaya disiapkan dalam tempoh 4 hari 3 malam dengan tenaga kerja 5 orang sahaja.

d4b4c4e4-4d1b-43f2-9cb8-3a359249a069

Tifo Harimau: Tifo Harimau ini pula telah disiapkan di Cheras menggunakan tenaga kerja seramai 13 orang dalam tempoh 1 malam sahaja.

Di Cheras, walaupun mempunyai kekuatan tenaga yang lebih ramai, saiz tifo yang besar seperti Tifo Gajah sukar untuk dilaksanakan kerana tiada tempat khas untuk melukis dan mengecat walaupun telah memohon kerjasama dari pihak-pihak berkuasa.

Mujur di Stadium Cheras kami dibenarkan untuk membuat kerja-kerja ini.

Sebelum ini, Ultras Malaya selalu melakukan kerja-kerja di Shah Alam namun terpaksa berpindah randah yang memakan masa dan wang apabila ada pihak yang mula tidak gemar dengan perkara ini.

787335fe-37d5-4042-81b2-b70fc1c1e877

Banner: Tugasan untuk menyiapkan banner telah berjaya dilakukan di Terengganu. Tenaga kerja untuk menyiapkan banner ini adalah seramai 5 orang dan semuanya terdiri dari para pelajar sekolah.

Pihak Ultras Malaya telah mendapatkan kebenaran dari ibu bapa pelajar-pelajar ini untuk menyiapkan banner untuk perlawanan malam itu. Terima kasih atas pengorbanan itu yang sangat dihargai.

The Rising Sun: 7,200 plastik berwarna hitam dan kuning diperlukan untuk menjadikan tifo pada malam itu cukup hebat.

Halangan Yang Dihadapi Pada hari Perlawanan

Semua tifo yang dibuat di Cheras, Kelantan dan Terengganu termasuk ‘The Rising Sun’ disatukan pada hari perlawanan.

Ultras Malaya hanya dibenarkan masuk untuk menyiapkan semuanya 2 jam sebelum pintu masuk dibuka kepada semua.

dc116af4-a526-4870-aa8e-bd6f4ff3e194

Mosaic‘ untuk ‘The Rising Sun‘ pula perlu disiapkan sebelum penyokong masuk. Dengan hanya berbekalkan tenaga 27 orang, ‘mosaic‘ menggunakan 7,200 plastik berwarna kuning dan hitam tersebut berjaya disiapkan. Difahamkan juga pada hari itu, pintu masuk telah dibuka sekitar jam 4.30 petang.

Ia adalah tugas yang sukar untuk mengawal ‘crowd‘ dari menggangu kawasan kerja yang kami lakukan serta mengejar masa untuk menyiapkan tugasan menjelang sepak mula.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group