Kedudukan 2 pasukan dalam kumpulan G yang sudah sah layak ke pusingan 16 terbaik – England dan Belgium, segelintir dari peminat bola sepak tidak jelas bagaimana kedudukan kedua-dua pasukan ini ditentukan.

Seperti yang kita tahu, semua angka England dan Belgium adalah sama seperti dibawah.

kedudukan tie breaker kumpulan G

Isu: Bagaimana menentukan kedudukan diantara England dan Belgium dalam kumpulan G?

FIFA Tie-Breaker Rule Yang Perlu Difahami

Secara asasnya ada 3 perkara yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan iaitu:

  • Jumlah mata yang lebih besar
  • Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
  • Gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

Namun, jika 2 atau lebih pasukan dalam sesebuah kumpulan itu mempunyai angka yang sama bagi semua elemen (mata, perbezaan gol, jumlah jaringan gol) selepas 3 kriteria diatas digunakan, ranking dalam kumpulan akan ditentukan berdasarkan perkara berikut.

  • Jumlah mata yang lebih besar dalam peringkat kumpulan diantara 2 pasukan yang terlibat
  • Perbezaan gol dalam perlawanan peringkat kumpulan diantara 2 pasukan terlibat.
  • Jaringan gol yang lebih besar dalam peringkat kumpulan diantara 2 pasukan terlibat.
  • Nilai mata ‘fair-play’ yang lebih besar berdasarkan ‘fair play conduct‘, dimana kad kuning =-1, kad merah (2 kad kuning) = -3, kad merah ‘direct’ =-4, dan kad kuning & ‘direct’ kad merah =-5
  • Undian

Kembali kedudukan dalam kumpulan G, England berada ditempat pertama selaku pendahulu kerana berdasarkan rekod ‘Disciplinary‘ rasmi oleh FIFA, England mempunyai 2 kad kuning (-2 mata) dan Belgium mempunyai 3 kad kuning (-3 mata).

Oleh yang demikian, England mempunyai nilai yang lebih besar dan berada dikedudukan lebih tinggi berbanding Belgium.

ad7csaltnmajbbvu3cp9

Apabila England bertemu Belgium dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hari Khamis nanti, dan jika berakhir dengan keputusan seri, England akan muncul sebagai juara kumpulan dengan syarat mereka tidak dilayangkan sebarang kad yang melebihi nilai mata ‘fair-play’ yang dikumpul oleh Belgium.

Sumber