Skuad Malaysia U18 dibawah kendalian Bojan Hodak menyertai kejohanan ini di Munakata, Fukuoka, Jepun dan telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama 3 pasukan dari Jepun iaitu;

  1.  Aomori Yamada High School (wakil Aomori Prefecture)
  2.  Sagan Tosu FC Youth ( Tosu, Saga Prefecture)
  3. Otsu High School (Kumamoto Prefecture)

Pemilihan 16 Pasukan Dalam Sertai Sanix Cup 2019

Seperti yang diketahui semua pasukan yang beraksi dalam kejohanan ini adalah pasukan jemputan termasuk dari luar negara.

Bagi pasukan jemputan dari Jepun sendiri, mereka telah menetapkan beberapa kriteria untuk melayakkan pasukan beraksi dalam kejohanan ini seperti dibawah.

  • Juara Sukan Sekolah Tinggi Seluruh Jepun
  • Juara Kejohanan Bola Sepak Seluruh Jepun
  • Juara Prince Takamado Premier League
  • Juara Japan Club Youth
  • Juara Club Youth (Kyushu Region )
  • Juara dan Naib Juara Sekolah Tinggi (Kyushu Region)
  • Juara Kejohanan Bola Sepak Fukuoka Prefecture

Siapa Aomori Yamada High School Ini?

Aomori Yamada HS Skuad ini pada kejohanan All Japan High School Soccer Tournament yang lalu telah muncul sebagai Juara kejohanan peringkat sekolah tinggi Jepun yang paling elit.

2019-03-15_8-22-44

Pasukan ini juga merupakan ‘regular’ dalam kejohanan peringkat seluruh Jepun dan beberapa pemain mereka dalam kejohanan pada Januari lalu telah berjaya menandatangani kontrak PRO bersama pasukan JLeague.

D1Y0NY2U0AA24XY

Selain itu, Aomori Yamada HS juga adalah salah sebuah pasukan yang beraksi dalam liga bola sepak remaja paling berprestij di Jepun iaitu Takamado Premier League East bersama pasukan remaja Kashima Antlers, Urawa Reds, FC Tokyo, Kashiwa Reysol dan lain-lain.

2019-03-15_8-36-47

Dalam saingan Prince Takamado Premier West League 2018, Aomori Yamada menamatkan liga dikedudukan ke 2, 5 mata dibelakang juara West League Sanfrecce Hiroshima. Juara East dan West League akan bertemu dalam peringkat Championship bagi menentukan pasukan mana yang akan bergelar KING OF JAPAN YOUTH.

Sagan Tosu FC Youth (Skuad U18 Sagan Tosu FC)

Skuad ini pula beraksi dalam divisyen 2 liga remaja paling berprestij di Jepun iaitu Takamado Prince League Kyushu region.

D1Y0ODKUcAEuaLy

Pasukan ini muncul juara TPL Kyushu dan layak ke saingan Play-Off ke Premier League. Mereka tewas dalam play-off 1 kepada Omiya Ardija 0-3, dan kekal beraksi di Takamado Prince League 2019.

img_tournament

Otsu High School

Pasukan sekolah tinggi dari Kumamoto ini muncul naib juara TPL Kyushu region dibelakang Sagan Tosu FC Youth.

D1Y0PGuVYAEdv0r

Layak ke play-off Premier League dan berjaya menang berdepan 2 pasukan;

  1. Shizuoka Gakuen HS 3-1, Play-Off 1
  2. Yaita Chuo HS 3-1, Play-Off 2

img_tournament (1)

Dan seterusnya layak beraksi dalam saingan divisyen 1 iaitu Takamado Premier West League 2019, bersama-sama Sanfrecce Hiroshima, Gamba Osaka, Nagoya Grampus, Kyoto Sanga, Higashi Fukuoka High School, Cerezo Osaka, Vissel Kobe, Avispa Fukuoka, dan Ehime FC.