Sejak beberapa hari yang lalu, pelbagai komen, pendapat dan juga kritikan dari penyokong bola sepak dapat diperhatikan terutama di laman sosial mengenai isu skuad bola sepak Sukan Asia 2018.

Ada sesetengah laporan yang menyatakan bahawa Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih mahu menarik diri dari kejohanan itu, namun perkara itu dinafikan oleh beliau seperti yang disiarkan oleh Stadium Astro.

Apa dilema yang dialami oleh Datuk Ong Kim Swee?

Pada 30 Jun 2018, senarai 30 nama pemain telah dihantar mengikut peraturan 10.3 dalam buku teknikal kejohanan.

Daripada senarai itu, Datuk Ong Kim Swee telah membuat senarai 24 pemain yang dipanggil menyertai latihan pada 30 Julai 2018, dimana senarai itu termasuk 3 pemain lebih umur – Badrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan. 6 pemain lagi berada dalam senarai simpanan.

ong kin swee

Dari jumlah 24 orang itu, mengikut perkara 10.6 (a) Pendaftaran Akhir Pasukan dalam buku teknikal kejohanan, minimum 18 orang pemain atau maksimum 20 pemain wajib didaftarkan kepada komisioner perlawanan semasa mesyuarat koordinasi perlawanan.

Kegagalan untuk mendaftarkan minimum 18 pemain seperti dalam peraturan 10.6 (a) itu akan menyebabkan pasukan Malaysia tidak dibenarkan beraksi.

Inilah kerunsingan atau dilema ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee, jika ada pasukan yang tidak mahu melepaskan pemain dan tidak mempunyai minimum 18 pemain untuk didaftarkan, maka pasukan Malaysia tidak boleh beraksi.

Senarai Akhir 24 Pemain Ke Latihan Pusat Serta 6 Pemain Simpanan

Berdasarkan senarai rasmi yang dikeluarkan oleh FAM pada 18 Julai lalu, 24 pemain yang terpilih untuk menjalani latihan pusat adalah;

BIL NAMA UMUR PASUKAN
1. HAZIQ NADZLI 20 JOHOR DARUL TA’ZIM
2. DOMINIC TAN 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SYAMER KUTTY ABBA 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
4. SAFAWI RASID 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
5. ADAM NOR AZLIN 22 JOHOR DARUL TA’ZIM
6. AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK * 31 JOHOR DARUL TA’ZIM
7. SYAFIQ AHMAD 23 JOHOR DARUL TA’ZIM
8. HADI FAYYADH ABDUL RAZAK 18 JOHOR DARUL TA’ZIM II
9. BADDROL BAKHTIAR * 30 KEDAH
10. RIZAL GHAZALI * 26 KEDAH
11. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM 22 KEDAH
12. MATTHEW DAVIES 23 PAHANG
13. NOR AZAM ABDUL AZIH 23 PAHANG
14. FAISAL ABDUL HALIM 20 PAHANG
15. IRFAN ZAKARIA 23 KUALA LUMPUR
16. SYAZWAN ANDIK ISHAK 22 KUALA LUMPUR
17. KHATUL ANUAR MD JALIL 21 KUALA LUMPUR
18. JAFRI FIRDAUS CHEW 21 PKNS FC
19. RODNEY CELVIN AKWENSIVIE 22 PKNS FC
20. DANIAL AMIER NORHISHAM 21 FELDA UNITED
21. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 19 KELANTAN
22. N THANABALAN 23 NEGERI SEMBILAN
23. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI 23 PERAK
24. TOMMY MAWAT BADA 22 PJ RANGERS FC

 

Manakala 6 pemain simpanan pula adalah seperti berikut;

BIL NAMA UMUR PASUKAN
1. ADIB ZAINUDIN 23 JOHOR DARUL TA’ZIM II
2. AKHYAR RASHID 19 KEDAH
3. KOGILESWARAN RAJ 20 PAHANG
4. SHAHRUL SAAD * 25 PERAK
5. EVAN WENSLEY WENCESLAUS 20 SABAH
6. SYAHMI SAFARI 20 SELANGOR

 

Dari semua nama pemain-pemain diatas, sekiranya ada 13 pemain tidak dilepaskan oleh pasukan mereka untuk bersama skuad bola sepak Sukan Asia 2018, bermakna Malaysia tidak cukup syarat untuk membuat pendaftaran akhir pasukan seperti yang ditetapkan dalam buku teknikal kejohanan.

Sehingga kini, hanya 3 pasukan sahaja baru menyatakan persetujuan mereka untuk melepaskan pemain yang tersenarai ke Sukan Asia 2018 iaitu Johor Darul Ta’zim, PKNS FC dan Kuala Lumpur FA.

Dari ketiga-tiga pasukan ini, seramai 14 pemain sudah pasti akan dibenarkan ke Sukan Asia 2018 oleh pasukan masing-masing dan Datuk Ong Kim Swee perlukan minimum 4 pemain lagi untuk melengkapkan senarai pemain bagi pendaftaran akhir.

Jika lebih banyak pasukan memberikan kebenaran, maka Datuk Ong Kim Swee mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk membuat keputusan akhir.