Semalam Tottenham berjaya mengatasi Arsenal dalam perebutan tempat ketujuh. Dan mereka diberikan slot untuk ke UECL pada musim hadapan.

Ramai pembaca kami yang bertanya, apa itu UECL?

Secara asasnya ia adalah pertandingan kasta ketiga di dalam struktur melibatkan pertandingan kelab Eropah selepas UCL dan UEL.

Rancangan untuk membentuk UECL ini sudah wujud sejak 2015 lagi. Dan diumumkan secara rasminya pada 2018 oleh  Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

Pertandingan kasta ketiga ini akan bermula pada musim 2021/22. Ini kerana banyak kelab eropah yang lain mahukan lebih tempat dalam pertandingan eropah.

Dengan situasi covid-19 melanda dunia, UEFA merasakan ianya masa paling sesuai untuk membantu kewangan kelab kelab kecil di Eropah.

UEL akan dikurangkan, UECL wujud

Europa League sebelum ini terdiri daripada 48 pasukan. Dan UEFA mengurangkan jumlah itu kepada 32 pasukan. Itu merupakan salah satu langkah UEFA untuk memastikan UECL akan disertai pasukan pasukan yang bagus walaupun mereka dari liga yang kecil.

ceferin

Fokus utama UECL adalah memberikan lebih peluang kepada kelab kelab kecil dari luar kelompok 5 liga utama Eropah untuk bertanding dalam pertandingan antarabangsa.

Format pertandingan Europa Conference League sama dengan UEL. Di mana, ada pusingan kelayakan. Ada kelayakan secara merit daripada liga domestik, ada peringkat kumpulan dan ada pusingan kalah mati.

Jadual perlawanan

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung pada hari Khamis ataupun awal pagi Jumaat waktu Malaysia, sama dengan jadual UEL.

Berapa pasukan beraksi?

Terdapat 32 pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan. Sebelum itu, terdapat 3 peringkat kelayakan dengan 1 fasa play off.

Penentuan slot

22 pasukan akan dipilih daripada slot liga dan kelayakan. Manakala 10 lagi akan tampil daripada mereka yang tersingkir daripada play off Liga Europa ataupun UEL.

Bagi lima liga utama Eropah iaitu England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis, setiap negara hanya ada 1 slot sahaja. Bagi England, slot itu milik Spurs. Bagi liga negara di ranking 6-15 akan mendapat 2 slot. Sementara pasukan dari ranking coefficient 16-50 akan mendapat 3 slot.

Format kalah mati

Untuk peringkat kalah mati, pasukan yang menjadi naib juara kumpulan akan berhadapan dengan pasukan yang tersingkir dari Europa League kerana mendapat tempat ketiga dalam peringkat kumpulan.

Sebab itu kami kata ianya sangat mirip dengan Europa League.

Selain itu, juara dalam Liga Konferens Eropah ini akan dijamin tempat dalam Europa League pada musim berikutnya.

Baca juga artikel

Guardiola: ‘Aguero Sertai Kelab Saya Cintai, Bermain Dengan Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’

Slot UCL: Liverpool, Chelsea Lolos, Leicester Tersingkir Dengan Dramatik

Koeman Akui Masa Depannya Belum Tentu Selamat