Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada Ahad lalu, peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan berita pembentukan Liga Super Eropah. Sebelum ini ianya hanyalah rumors yang dilaporkan beberapa media ternama beberapa tahun lalu.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa 12 kelab telah mengumumkan pelan untuk membentuk Liga Super Eropah. Pasukan tersebut adalah
AC Milan, Arsenal, Atlético, Chelsea, Barcelona, Internazionale, Juventus, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Tottenham.

Florentino Perez dilantik sebagai presiden untuk Liga Super Eropah ini. Sementara Andrea Agnelli dan Joel Glazer menjadi timbalan presiden. Agnelli sedia melepaskan jawatan beliau dalam ECA.

Jumlah tersebut dilaporkan semakin bertambah pada masa akan datang kerana ada beberapa pasukan lagi berminat dengan liga tersebut yang bakal memberikan pendapatan serba mewah kepada kelab kelab terlibat.

Dalam kenyataan bersama kesemua 12 kelab tersebut mereka menyatakan sedia bekerjasama dengan UEFA dan FIFA untuk memberikan mereka panduan dan nasihat.

Namun idea itu ditentang oleh UEFA dan FIFA. Dan UEFA sedia untuk mengenakan tindakan undang undang kepada pengasas Liga Super Eropah serta pasukan pasukan yang bertanding di dalamnya.

Apa itu Liga Super Eropah?

Secara ringkasnya liga ini adalah liga pasukan kaya dan berpengaruh. Memiliki ramai peminat dari seluruh dunia. Liga yang akan memberikan pasukan pasukan elit ini wang lebih banyak menerusi pelaburan dan tajaan yang mereka akan terima.

Konsepnya, kenapa kamu harus menunggu 3 atau 4 tahun sekali mungkin 10 tahun sekali untuk melihat Manchester United atau Liverpool bertemu dengan Barcelona atau Real Madrid jika anda boleh menyaksikannya setiap tahun?

Bayangkan pasukan pasukan yang menjadi pencetus gagasan pertandingan ini diberikan suntikan dana £3.5 billion sebagai membantu mereka pada musim wabak melanda ini.

Pertandingan ini bertujuan untuk memisahkan diri dari pertandingan yang ada, melibatkan pasukan elit dari lima liga utama Eropah seperti Liga Inggeris, Serie A, LaLiga Sepanyol, Bundesliga Jerman dan Ligue 1 Perancis.

Idea untuk mewujudkan Liga Super Eropah sudah lama. Di mana ketika itu terdapat beberapa pasukan dilaporkan dalam perbincangan tertutup untuk mewujudkan Liga ini. Pasukan tesebut adalah Real Madrid, Juventus, Manchester United dan Liverpool.

Seperti yang dilaporkan oleh The Times, beberapa kelab Eropah yang besar mahu Liga Super Eropah diadakan bermula daripada musim 2023/24.

Namun, The Times turut melaporkan kelab-kelab dari Perancis dan Jerman dilaporkan menolak untuk menyertai projek ini.

Perincian tentang format masih tidak dijelaskan secara terperinci. Namun, menurut beberapa laporan yang beredar sebelumnya, Liga Super Eropah akan melibatkan 20 pasukan dalam format liga.

20 pasukan itu akan dibahagi kepada dua kumpulan bermain home dan away. Manakala format kalah mati akan berlangsung dari suku akhir dalam format timbal balik. Kecuali final yang akan diadakan di gelanggang neutral.

Menariknya, 15 daripada 20 pasukan adalah anggota tetap dalam Uefa super league ini. Bermaksud mereka kebal daripada penyingkiran. Manakala 5 lagi pasukan akan digilir berdasarkan prestasi semasa.

Seterusnya, ESPN melaporkan, bank JP Morgan akan menjadi pelabur utama pertandingan ini dengan pelaburan $6 bilion.

FIFA dan UEFA mengiktiraf ianya liga haram

Gazetta Dello Sport melaporkan bahawa UEFA akan menyaman pemula liga ini sebanyak €60 juta jika ianya diteruskan.

FIFA kemudian tampil memberikan kenyataan bahawa mereka turut menentang idea yang berbentuk pemisahan diri oleh pasukan elit ini daripada pasukan lain. UEFA akan mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan perkara ini.

Dalam kenyataannya, FIFA berkata: “FIFA semestinya tidak bersetuju dengan liga Eropah tertutup yang terpisah, berada di luar struktur bola sepak antarabangsa dan tidak menghormati prinsip prinsip yang sedia ada.”

UEFA dan FIFA kemudian mengancam akan menyingkirkan pasukan pasukan yang bertanding dalam pertandingan ini daripada pertandingan di bawah kendalian mereka seperti Liga Juara Juara Eropah, Liga Europa dan juga sedia untuk mengharamkan mana mana pemain yang terlibat dalam liga ini daripada menyertai pertandingan antarabangsa anjurannya.

UEFA juga menjelaskan bahawa Liga Super Eropah ini akan menggangu usaha mereka dalam perlaksaan format baharu UCL yang dicadangkan kepada 36 pasukan selepas ini.

Rata rata peminat menentang idea ini yang dianggap terlalu berorientasikan wang. Sedangkan bola sepak itu sendiri adalah sukan untuk semua.

Liga ini akan membuatkan jurang antara kelab kaya dengan kelab kecil yang lain menjadi semakin besar.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group