Paul Scholes mengatakan kerisauannya ke atas Manchester United yang dilihat terlalu bergantung pada Bruno Fernandes.

Lantas Scholes berharap Man United akan lebih membangun secara berpasukan terutama sekali di bahagian tengah.

Scholes berpendapat, Man United harus menambahkan lagi kreativiti pada pemain lain.

Scholes memberikan komen ke atas kemenangan  United ke atas West Brom yang digelarnya ‘ugly win’. Di mana United bergantung sekali lagi kepada penalti untuk menjaringkan gol.

Hanya Donny van de Beek yang telah menjaringkan gol dari permainan terbuka sejak musim baru bermula.

“Ia adalah kemenangan yang buruk. Mudah-mudahan, ini memberi sedikit keyakinan kepada mereka,” kata Scholes di BT Sport.

“Anda pasti tertanya-tanya di mana Manchester United tanpa Fernandes. Sebelum Bruno masuk, United tidak dapat mencipta peluang langsung,” katanya.

Scholes menyatakan bahawa Marcus Rashford dan Anthony Martial tidak mendapat servis bola yang mencukupi dari pemain tengah United yang lain.

Ini adalah masalah yang turut harus diperbaiki oleh United yang menurutnya kerap kali buntu dan banyak  melakukan hantaran tanpa ancaman  / neutral passes.

“Saya merasa sedikit kasihan pada penyerang kerana mereka harus mencipta peluang sendiri,” tambah Scholes.

“Mereka mempunyai pemain dengan kemahiran yang hebat dan mereka mampu melakukannya, membawa bola ke Fernandes.”

“Dia adalah pemain yang hebat, Martial dapat melepasi pemain lain dan Rashford mempunyai kepantasan yang yang sangat bagus.”

“Tetapi kedua pemain di kerap berada di bahagian tengah, terutama ketika bermain di halaman sendiri, mereka [pemain tengah] harus menyumbangkan lebih banyak bekalan bola kepada penyerang.”

Baca juga perkembangan lain

Bruno Fernandes: Ini Kemenangan Penting

EPL: Hilang Ramai Tonggak Utama, Liverpool Tetap Terlalu Unggul Untuk Leicester

[VIDEO] Kesilapan ‘Fatal’ Ter Stegen Buat Barcelona Menderita Kekalahan Ketiga