Bekas pemain pertahanan Felda United dan Selangor, Anwar Ibrahim semakin hampir untuk menyertai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam, kelab yang akan menjadi destinasi Anwar musim ini ialah Kuala Lumpur United.

Anwar merupakan salah seorang pemain yang dilepaskan oleh Selangor dari skuad musim lalu bagi menghadapi cabaran pada saingan musim 2021.

Setelah bergelar ejen bebas untuk beberapa bulan, KLU akhirnya memutuskan untuk menawarkan kontrak kepada bekas pemain skuad B-19 tahun negara itu sekaligus mengukuhkan benteng pertahanan.

Selain semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Anwar Ibrahim, skuad ibu kota ini juga bakal menandatangani dua bekas pemain Terengganu FC iaitu Kamal Azizi dan Wan Amirzafran selain bekas pemain pertahanan PKNS Fc, Daniel Ting.

Anwar Ibrahim
Sumber Gambar: PKNS FC

Bagi saingan Liga Malaysia musim ini, KLU bakal dibimbing oleh bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan, Bojan Hodak.

Sama seperti Anwar, Bojan juga pernah bekerja bersama skuad B-19 tahun negara dimana beliau pernah dilantik sebagai ketua jurulatih.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bojan Hodak Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Kuala Lumpur United

Zafuan Azeman Sah Sertai Pulau Pinang

Christian Panucci Bakal Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Kelantan