Beberapa hari lepas, Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner mengesahkan terdapat 5 pemain telah digugurkan daripada skuad gergasi merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

5 pemain ini telah ditandatangani ketika dibawah kendalian B. Satiananthan dan menurut laporan daripada New Straits Times, mereka juga tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan itu.

Difahamkan, kontrak mereka sudah pun ditamatkan dan mereka akan dibayar pampasan baki kontrak yang akan berakhir pada bulan depan. Ia juga bermaksud mereka tidak akan terlibat dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan menggunakan fasiliti di Pusat Latihan FAS untuk mengekalkan tahap kecergasan sebelum menyertai pasukan baharu.

Pemain tersebut ialah Nick Swirad, Farizal Harun, Khyril Muhymeen Zambri, serta dua bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara iaitu Anwar Ibrahim dan Zahril Azri Zabri.

79969492_3321526461253155_4430011002045595648_n

FOTO: FA Selangor

Namun begitu, Feichtenbeiner enggan menyatakan sebab sebenar dua pemain muda itu disingkirkan dan beliau kini memberi fokus untuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan.

“Saya tidak akan komen mengenai ini kerana saya mahu fokus pada barisan pemain yang sedia ada dan juga Piala Malaysia.

“Kami juga mempunyai pemain daripada pasukan ‘feeder’ yang akan menyertai skuad Liga Super,” kata Michael Feichtenbeiner yang kini merupakan ketua jurulatih sementara.

FAS juga menafikan sebarang khabar angin mengenai isu dalaman yang menyebabkan dua pemain muda tersebut digugurkan kerana mereka dibawa masuk oleh jurulatih terdahulu, B. Satiananthan.

“Segala isu perpindahan di dunia ini adalah senstitif. Kami tidak mahu komen mengenai mana-mana pemain tetapi ini juga sebahagian daripada bisnes,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

4 Syarikat Antarabangsa Berminat Jadi Penaja JDT Dan Stadium Sultan Ibrahim

Sanusi Tak Jadi Letak Jawatan Sebagai Presiden KFA

Rezal Zambery: TM Piala Malaysia 2020 Lebih Sukar Diramal, Tuntut Aksi Terbaik Pemain Untuk Mara

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group