Bekas pemain import pasukan Selangor, Antonio German membuat pendedahan mengejutkan tentang sebab utama mengapa beliau meninggalkan skuad the Red Giants selepas sebulan menyertai juara 33 kali Piala Malaysia itu.

German memberitahu laman BBC bahawa terdapat segelintir peminat Selangor pernah melontarkan kata-kata berbaur perkauman seperti beliau ‘terlalu gelap’ untuk beraksi bersama pasukan itu.

Bekas pemain Queens Park Rangers itu turut menerima kata-kata hinaan berbaur perkauman di laman media sosial Instagram miliknya. Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan turut menerima nasib yang sama apabila ada peminat yang memainkan sentimen perkauman terhadapnya ketika Selangor tidak beraksi dengan baik.

Antonio German

Selangor’s Antonio German(c) with Felda’s Thiago Junio Aquino (R)and Mohd Arif Fadzilah Abu Bakar (L) vie for thr ball during their Malaysia Super League match at Stadium Shah Alam.
AZHAR MAHFOF/The STAR

“Apabila saya sedar mesej tersebut menyentuh tentang warna kulit saya, ianya tidak masuk akal dan saya sangat terkejut. Saya telah beraksi di beberapa negara tetapi tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini.

“Pada perlawanan ketiga Liga, saya beraksi dengan baik namun tidak berjaya menjaringkan gol. Saya dikeluarkan pada minit ke-80. Selepas perlawanan, saya diberitahu tindakan mengeluarkan saya adalah kerana mahu menjaga keselamatan saya.

“Saya kemudiannya berfikir, kenapa saya dihukum kerana sikap segelintir penyokong? Pada akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkan pasukan,” kata Antonio German.

Selepas meninggalkan Selangor, kini German bergelar ejen bebas dan beliau berazam untuk mencari pasukan baharu namun beliau menganggap pengalamannya di Malaysia sedikit-sebanyak memberikan kesan terhadap prospek untuk mencari kelab baharu.

Antonio German

Antonio German

“Saya berumur 27 tahun. Saya berada di prestasi terbaik dan saya perlu beraksi. Apabila saya meninggalkan Selangor, pihak kelab tidak tahu perkara sebenar. Saya suka dengan Malaysia, ianya satu negara yang hebat. Kebanyakan peminat luar biasa. Akan tetapi saya sedih perpindahan saya ke sana menjadi halangan dalam karier saya,” tambahnya.

Menurut BBC lagi, Selangor telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka sedia maklum dengan hinaan berbaur perkauman yang ditujukan terhadap German.

“Kami sedar terdapat hinaan berbaur perkauman yang ditujukan kepadanya di laman media sosial. Penyokong juga mengkritik beliau dalam beberapa perlawanan namun itu semua adalah tindak balas daripada peminat. Selain itu, German turut menampilkan persembahan hambar ketika pasukan sedang berada dalam prestasi yang tidak baik.

“Kami telah menyekat penyokong yang telah bertindak sedemikian di platform kami agar perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang. Sayangnya, kami tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menghukum penyokong yang melontarkan kata-kata perkauman terhadapnya di dalam stadium.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Selangor Buru Kedudukan Tangga Ketiga Liga Super 2019

Nasib PKNS FC Dan Selangor United Diketahui Hujung Tahun Ini

B.Sathianathan Bidas Penyokong Selangor

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group