Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menganggap falsafah diterapkan pengurusan tertinggi kelab tersebut telah menjadikan mereka sebuah pasukan yang lemah.

Hakikat disuarakan pengendali kelahiran Itali itu ada kebenarannya apabila Tottenham telah melepaskan empat pemain utama walaupun turut berjaya membawa masuk dua pemain berbakat besar iaitu Rodrigo Bentancur dan Dejan Kulusevski.

Hal ini kerana kelab di tangga kelapan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 itu telah kehilangan khidmat Delle Alli ke Everton secara percuma dan Tanguy Ndombele menyertai Lyon pada jendela perpindahan Januari lalu.

Malah, Giovani Lo Celso dan Bryan Gil pula dipinjamkan ke Sepanyol untuk menyertai Villareal serta Valencia.

“Saya melihat sekilas situasi yang mungkin boleh berkembang, lalu apabila anda memasuki situasi ini membuatkan anda memahami satu perkara iaitu apa yang terjadi pada bulan Januari bukanlah satu perkara yang mudah.”

Kredit Foto: Tottenham Hotspur

“Empat pemain meninggalkan kami pada bulan Januari. Empat pemain yang penting buat Tottenham,” ujar Conte menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Dua pemain [baharu] telah sampai, jadi secara kira-kiranya ia bukanlah memperkuatkan skuad yang anda miliki, di atas kertas, ia nyata melemahkan pasukan anda.”

“Bentancur dan Kulusevski adalah merupakan prospek yang ideal buat Tottenham. Kerana Tottenham mencari pemain muda, pemain yang boleh dibangunkan bakatnya dan bukannya pemain yang sedia ada.”

“Visi dan falsafah adalah seperti ini. Ia tidak dapat dielakkan jika bahawa anda ingin berkembang dengan cepat dan ingin menjadi lebih kompetitif, anda memerlukan pemain yang kaya dengan pengalaman kerana mereka juga akan membawa kepada peningkatan pengalaman dalam pasukan anda.”

“Tetapi sekali lagi, visi kelab yang saya fahami adalah seperti ini [melemahkan skuad sendiri],” tambah Antonio Conte lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Safuwan Baharudin: Selangor Perlu Lebih Konsisten

Impak Pantas Dipamerkan Donny Van De Beek Curi Perhatian

Piala Asia B-23: Malaysia Jumpa Vietnam dan Thailand Lagi

Sumber