Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menegaskan banyak perkara yang perlu dipertingkatkan oleh anak buahnya selepas beliau mengendalikan aksi sulung kelab baharunya itu bertemu Vitesse Arnhem dalam kempem European Conference League, awal pagi tadi.

Perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur tersebut menyaksikan tuan rumah mendahului tiga gol tanpa balas pada 30 minit awal tetapi kemudiannya wakil Belanda itu cuba bangkit dengan dua gol pantas pada minit ke-32 dan 39.

Meskipun lega dengan kemenangan tipis dicatatkan anak buahnya, ia nyata bukanlah aksi sulung yang diharapkan oleh pengendali kelahiran Itali itu.

Sehubungan dengan itu, Conte berpendapat banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh barisan pemainnya untuk memberikan cabaran sengit pada musim ini.

“Mereka [pemain Tottenham Hotspur] perlu untuk meningkatkan keyakinan mereka. Mereka juga perlu lebih banyak bekerja,” ujar Conte menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Masalahnya ialah kami perlu mencari masa untuk bekerja. Kami mempunyai dua hari untuk perlawanan seterusnya [bertemu Everton pada hari Ahad], kemudian rehat untuk tugasan antarabangsa.”

“Sudah pasti kami perlu untuk terus meningkat. Ia bukan perkara mudah kerana dalam masa dua hari untuk membuat persiapan perlawanan [menentang Everton] ini, kami hanya ada masa sehari.”

“Esok adalah amat mustahil untuk melibatkan kerjasama dengan pemain yang beraksi hari ini [pagi tadi]. Mereka menggunakan banyak tenaga. Esok mereka perlu berehat dan kami akan bekerja dengan pemain yang tidak beraksi hari ini.”

“Kami perlu mempunyai sedikit kesabaran kerana kami perlu bekerja dengan banyak aspek melibatkan taktikal dan fizikal. Saya tidak takut dengan kerja itu.”

“Saya tahu hanya dengan melalui kerja tersebut akan membuatkan anda mencapai sasaran yang penting,” tambah Antonio Conte lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Eddie Howe Semakin Hampir Bergelar Pengurus Newcastle United

Xavi: Saya Memang Nak Sangat Kembali Ke Barcelona

Isu Pahang Dengan Saddil Ramdani Sudah Selesai

Sumber