Inter Milan akan mencari ketua jurulatih baru setelah hanya satu musim bersama Antonio Conte.

Menurut Sky Italy, bekas bos Juventus dan Chelsea itu hampir pasti akan meninggalkan San Siro.

Ianya perkembangan yang agak mengejutkan kerana Antonio Conte dan Inter musim ini dilihat sangat erat kerjasama antara mereka.

Dan sekali lagi nama Massimiliano Allegri, yang menggantikan Conte di Juventus, dikaitkan dengan rumors akan mengambil alih tugas beliau di Inter.

Conte membawa Inter ke kedudukan kedua di Serie A musim ini, hanya satu mata di belakang juara Juventus.

Hasil daripada 82 mata mereka — 13 mata lebih tinggi daripada musim ketika Luciano Spalletti masih bertugas pada musim lalu.

Conte dikatakan tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan kepada beliau, walaupun musim ini beliau hampir mendapat kesemua pemain yang beliau kehendaki.

Di mana beliau menyatakan dirinya kurang dihargai selepas apa yang telah beliau lakukan.

“Langsung tak ada pengiktirafan di atas apa yang saya buat, saya menerima hanya sedikit perlindungan daripada kelab.”

“Ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Presiden, tetapi sekarang ini beliau berada di China.

Baca juga perkembangan lain

Immobile Bangga Singkir Ronaldo Sebagai Pemenang Kasut Emas Serie A & Eropah

Penyokong Chelsea Kutuk Pengadil Final

Bournemouth Mahu Ganti Rugi Daripada EPL Kerana Kesilapan Hawk-Eye