Juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2018, Kashima Antlers melantik pengendali dari Brazil, Antonio Carlos Zago sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bagi menghadapi saingan musim 2020.

Zago dilantik bagi menggantikan Go Oiwa yang meletak jawatan setelah Kashima tewas kepada Vissel Kobe pada perlawanan akhir Emperor’s Cup 2019 dengan keputusan 2-0 Rabu lalu.

Antonio Carlos Zago
Go Oiwa. Sumber Gambar: The Nationals

Carlos Zago pernah beraksi dalam saingan Liga Jepun bersama Kashiwa Reysol baru-baru ini membantu kelab divisyen dua Brazil, Bragantino mara ke divisyen pertama bagi saingan musim 2020.

“Saya gembira kerana dapat kembali ke saingan Liga Jepun,” kata Antonio Carlos Zago menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh juara 8 kali saingan J1 itu.

Kashima Antlers turut mengesahkan bekas pemain bintang pasukan yang juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Jepun, Zico kekal bagi saingan musim hadapan dimana beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal pasukan.

Baca artikel lain mengenai Kashima Antlers di sini:

Firma E-dagang, Mercari Inc Beli Kelab Liga Jepun, Kashima Antlers

Kashima Antlers Umumkan Hiroki Abe Sah Sertai Barcelona