Setelah mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) mengambil keputusan untuk menggantikan ketua jurulatih, Miodrag Radulovic dengan jurulatih dari Jerman, Antoine Hey.

Dalam satu kenyataan, MFF menjelaskan mereka telah menamatkan khidmat Radulovic setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan bersetuju dengan keputusan yang diambil.

မြန်မာ့လက်ရွေးစင် အသင်းနည်းပြချုပ်အဖြစ် အန်တွမ်နီဟေးကို…

Posted by Myanmar Football Federation on Sunday, 20 October 2019

“Setelah mengambil kira perlawanan kelayakan baru-baru ini, MFF berpendapat Radulovic tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan dan mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak beliau.

“MFF perlu segera melantik ketua jurulatih baharu dan memutuskan untuk mengambil khidmat Antoine Hey. Selain itu, U Kyi Lwin akan membantu beliau bagi menghadapi baki saingan kempen kelayakan,” ujar MFF.

Antoine Hey

Miodrag Radulovic. Sumber Gambar: The Myanmar Times

Radulovic dilantik sebagai pengendali Myanmar pada April lalu. Namun, prestasi yang kurang memuaskan dimana Myanmar tewas kepada Mongolia, Jepun dan Kyrgyzstan pada tiga perlawanan awal kempen kelayakan menyebabkan beliau digantikan dengan Hey.

Untuk rekod, Hey pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Myanmar sebelum ini namun beliau dipecat selepas Myanmar menamatkan saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu di peringkat kumpulan.

Baca artikel mengenai bola sepak Asia Tenggara yang telah kami sediakan khas untuk anda di sini:

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

16 Venue Piala Dunia 2034 Di Asean Yang Boleh Dicadangkan Oleh AFF Kepada FIFA

Gabungan Pemain Asean Langgar Undang-Undang FIFA

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group