Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di laman sosial Twitter beliau hari ini menyatakan bahawa kapasiti penonton yang dibenarkan adalah seramai 40,000 dan ini telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong JDT dan juga Kuala Lumpur City.

Berdasarkan apa yang telah diumumkan, kapasiti penyokong untuk perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 adalah seramai 20,000 orang sahaja, namun selepas sepekulasi 40,000 penonton ini dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa, berkemungkinan ada sesuatu yang sedang berlaku dibelakang tabir.

“Difahamkan 40,000 penonton akan dibenarkan untuk Final Piala Malaysia diantara Kuala Lumpur City vs JDT (pada hari) Selasa ini.”

“Saya berharap 20,000 penyokong dan warga Kuala Lumpur City akan penuhi stadium dan beri sokongan kepada pasukan kita. Ayuh Kuala Lumpur City!”

 

Kuala Lumpur City FC menamatkan penantian 32 tahun untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas berjaya menundukkan Melaka United 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 minit aksi separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2021 yang berakhir dengan terikat 2-2.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, daripada 20,000 keping tiket yang diperuntukkan bagi perlawanan akhir edisi 100 tahun Piala Malaysia ini, setiap pasukan finalis akan diberikan sebanyak 9,000 keping tiket untuk dijual menerusi Tickethotline.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan 20,000 penonton hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November 2021.

“Justeru MFL membuat keputusan untuk mengagihkan sebanyak 9,000 keping tiket kepada pasukan yang mara ke pentas final untuk dijual kepada penyokong mereka dengan kerjasama Tickethotline manakala baki tiket pula komitmen MFL kepada penaja-penaja,” katanya.

“Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Final Piala Malaysia 2021: Hanya 9,000 Tiket Diperuntukkan Untuk Penyokong JDT Dan KL City

Video Kad Merah Safiq Rahim “Headbutt” Faisal Halim Persis Insiden Zidane Dengan Materazzi

MKN Kekal Dengan Keputusan Tidak Benarkan Penyokong Makan Dan Minum Di Dalam Stadium