Pasukan Angthong FC berjaya merekodkan kemenangan pertama dalam saingan Thai League 3 musim ini apabila menewaskan pasukan Watbot City FC dengan keputusan 3-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Angthong Province Ahad lalu, penyerang import Angthong, Moacir Da Rosa Wilmsen menjadi wira apabila menjaringkan hatrik sekaligus membawa pasukannya melonjak ke tangga ketujuh dalam carta liga.

Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama apabila beliau digandingkan dengan dua lagi pemain iaitu Diego Silva dan Moacir.

Meskipun beliau tidak menyumbang sebarang jaringan, namun Zafuan menampilkan aksi yang baik dimana kehadiran beliau memberi ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Angthong FC
Sumber Gambar: Angthong FC

Kemenangan Angthong FC ke atas Watbot City FC nyata memberikan nafas lega sekaligus kembali menghidupkan perjuangan untuk mara ke saingan Thai League 2 musim hadapan setelah tewas pada perlawanan pertama.

Pada perlawanan pembukaan Thai League 3 15 Februari lalu, Angthong menelan kekalahan besar apabila tewas kepada pasukan Chachoengsao Hi-tek dengan keputusan 4-0.

Baca artikel lain mengenai pasukan Angthong FC di sini:

Zafuan Azeman Sarung Jersi Bernombor 9 Bersama Angthong FC

Zafuan Azeman Sertai Kelab Thai League 3, Ang Thong FC