Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih kelab Jepun, Yokohama F Marinos iaitu Ange Postecoglou dilaporkan bersetuju untuk menjadi pengurus baharu kelab Scotland, Celtic.

Celtic bersetuju untuk membayar pampasan kepada Yokohama bagi mendapatkan khidmat Ange dan mereka berharap jurulatih berusia 55 tahun itu dapat segera menyertai pasukan.

Ange bakal menggantikan Neil Lennon yang gagal memberi sebarang kejuaraan dimana Celtic menamatkan saingan Liga Scotland musim lalu di tangga kedua dibelakang seteru utama iaitu Rangers yang dibimbing oleh legenda Liverpool, Steven Gerrard.

Setelah urusan berkenaan kontrak selesai, Celtic perlu memohon kelulusan khas dari UEFA kerana Ange Postecoglou tidak mempunyai lesen Pro.

Jurulatih kelahiran Greece itu perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum dibenarkan menyertai sesi latihan pasukan.

Ange membantu Yokohama memenangi saingan J1 pada musim 2019 selain beberapa kejuaraan lain bersama kelab Australia seperti Brisbane Roar dan juga skuad kebangsaan Australia pada 2015 dimana skuad Socceroos memenangi Piala Asia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Selepas Jepun, Syria Pasukan Kedua Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Park Hang-seo Tak Risau Kehilangan Nguyen Quang Hai, Dedah Sudah Ada ‘Backup Plan’

Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group