Ange Postecoglou kini rasmi meninggalkan Celtic dan menjadi pengurus Tottenham yang baharu.

Postecoglu meninggalkan Celtic dengan dua gelaran liga. Dan kini Ange Postecoglou menjadi pengurus baharu Tottenham dengan kontrak empat tahun.

Pengurus berusia 57 tahun itu meninggalkan Celtic selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland berturut-turut dalam dua musim beliau mengendalikan.

Dia adalah pengurus tetap keempat Spurs sejak Mauricio Pochettino membawa mereka ke final Liga Juara-Juara pada 2018-19 — selepas Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo dan Antonio Conte.

“Kami teruja untuk mempunyai Ange menyertai kami,” kata pengerusi Tottenham, Daniel Levy.

“Ange membawa mentaliti yang positif dan gaya permainan yang pantas dan menyerang.”

“Dia mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam membangunkan pemain dan pemahaman tentang kepentingan hubungan daripada akademi – segala-galanya yang penting kepada kelab kami,” tambahnya.

Spurs telah mencari pengurus baharu sejak pemergian Conte pada Mac, dengan Cristian Stellini dan kemudian Ryan Mason mengambil alih tugas sementara.

Postecoglou – pengurus Australia pertama dalam Liga Perdana Inggeris – tiba di Tottenham selepas memenangi treble domestik di Scotland.

Di mana dia turut merangkul lima daripada enam trofi yang tersedia untuk Celtic sepanjang dua kempennya bersama kelab itu. Ange juga memiliki rekod yang baik ketika di Liga Australia serta bersama skuad kebangsaan Australia sebagai pengurus.

Kini misinya adalah membantu Spurs menamatkan kemarau trofi.