Bekas pengendali skuad kebangsaan Australia, Ange Postecoglou berpeluang untuk mencipta sejarah dalam saingan J League dengan menjadi jurulatih pertama dari Australia yang memenangi saingan J1 League musim 2019.

Ange yang menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Yokohama F Marinos dianggap sebagai game changer kerana berjaya membimbing Yokohama yang musim lalu hanya bersaing di peringkat bawahan dengan menamatkan saingan di tangga ke-12 kepada pencabar utama bagi merebut takhta J1.

Yokohama ketika ini menduduki tangga ke-3, dibezakan satu mata dengan Kashima Antlers dan FC Tokyo yang masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua. Berdasarkan prestasi semasa, Yokohama menjadi pilihan untuk muncul sebagai pemenang J1 kerana mereka berjaya meraih 19 mata daripada 7 perlawanan liga setakat ini.

Ange Postecoglou
Sumber Gambar: Yokohama F Marinos

Ange menerapkan attacking football ketika mengendalikan Yokohama, sama seperti ketika menguruskan Brisbane Roar serta Socceroos dan perkara tersebut nyata membuahkan hasil apabila kelab yang ditubuhkan pada 1972 itu kini menjadi salah satu kelab digeruni dalam saingan J League.

Berbaki lima perlawanan liga, Kashima, Tokyo dan Yokohama dilihat bakal bersaing hebat bagi merebut trofi J1 League dan apa yang perlu dilakukan oleh pasukan bimbingan Ange Postecoglou ialah mengekalkan prestasi semasa dan cuba untuk meraih mata maksimum dalam setiap perlawanan.

Kali terakhir kelab yang turut diwakili oleh pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan itu menjulang trofi liga ialah pada musim 2004 lalu.

Baca artikel lain mengenai saingan J League yang telah kami sediakan di sini:

Lebih Ramai Pemain Malaysia Bakal Beraksi Di Liga Jepun

Firma E-dagang, Mercari Inc Beli Kelab Liga Jepun, Kashima Antlers

Liga Jepun Bakal Gunakan Teknologi VAR