Legenda Ukraine dan AC Milan, Andriy Shevchenko bakal menikmati fasa baharu dalam karier pengurusan bola sepaknya apabila beliau baharu sahaja dilantik sebagai pengurus kelab Serie A, Genoa.

Ini merupakan pengalaman pertama kali beliau membimbing kelab setelah sebelum ini pengurus berusia 45 tahun itu menggalas tanggungjawab dalam mengendalikan skuad kebangsaan Ukraine bermula 15 Julai 2016 hingga 1 Ogos 2021.

Sudah pasti kejayaan membawa Ukraine ke peringkat suku akhir Euro 2020 menjadi indikasi jelas kelebihan yang dimiliki Shevchenko dalam bergelar seorang pengurus.

Namun, tugas yang bakal digalas pemenang Ballon d’Or 2004 itu tidak semudah disangka kerana Genoa kini menduduki tangga ke-17 dan terikat sembilan mata bersama pasukan di zon penyingkiran, Sampdoria.

Shevchenko dilaporkan mengikat kontrak sehingga 2024 berikutan pemecatan pengurus terdahulu, Davide Ballardini kerana aksi kurang menyakinkan Genoa yang hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, enam keputusan seri dan lima kekalahan setakat ini.

Menurut ciapan di laman Twitter peribadi miliknya, Shevchenko melaungkan keyakinan untuk mengembalikan sejarah Genoa.

Lebih menarik untuk diperkatakan, lawan pertama bakal dihadapi oleh Shevchenko dalam saingan Serie A pada minggu hadapan ialah AS Roma yang dibimbing oleh bekas pengurusnya ketika beraksi bersama Chelsea, Jose Mourinho.

Ketika bersama Chelsea, Shevchenko dan Mourinho telah memenangi kejuaraan Piala FA dan Piala Liga serta muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2006/07.

Dalam perkembangan sama, kembalinya semula beliau ke Itali sudah pasti menggamit kembali nostalgia dalam kariernya bersama AC Milan apabila Andriy Shevchenko menjadi salah seorang penyerang berbisa di Eropah pada ketika itu.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Selepas Tundukkan Liverpool, Moyes Sasar West Ham Layak Ke UCL

Dahaga Dan Tekak Kering, Penyokong Bola Sepak Rayu MKN Benarkan Aktiviti Minum Air Dalam Stadium

Harris Harun Positif COVID-19, Tidak Dapat Sertai Kem Latihan Singapura Di Dubai

Sumber