Dua kekalahan berturut-turut kepada Malaysia dan Thailand dalam perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dnia 2022/Piala Asia 2023 nyata membangkitkan amarah peminat setia pasukan Indonesia. Mereka menuding jari terhadap penjaga gol sekaligus ketua pasukan, Andritany Ardhiyasa sebagai punca utama mengapa skuad Garuda bermula dengan lesu.

Pada perlawanan menentang pasukan Thailand di Stadium Gelora Bung Karno Selasa lalu, Indonesia tewas dengan keputusan 3-0. Peminat nyata tidak dapat menahan emosi dan Andritany mendapat cemuhan setelah melepaskan gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Theerathon Bunmathan.

Andritany

Andritany Ardhiyasa.

Cemuhan terhadap penjaga gol Persija Jakarta itu berterusan dimana setiap kali beliau memegang bola, pemain berusia 27 tahun itu akan di boo oleh penyokong. Selain itu, para peminat turut mempersoalkan tindakan ketua jurulatih pasukan, Simon McMenemy yang menyenaraikan Anditany meskipun penjaga gol itu sentiasa menampilkan persembahan yang kurang meyakinkan sebelum ini.

Meskipun mendapat kritikan pedas dan cemuhan daripada penyokong, namun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) enggan untuk melindungi Andritany. PSSI menerusi wakilnya, Gusti Randa berkata penjaga gol itu perlu menerima kritikan di atas aksi buruk yang ditampilkan.

Andritany Ardhiyasa

Sumber Gambar: Bolasport

“Saya lihat ini sebagai satu risiko. Kami tidak boleh menyesali ataupun cuba menangani kerana peminat mahu kami beraksi dengan baik dan juga menang. Kalau tak boleh menang, jangan melakukan kesalahan.

“Penonton melihat sendiri kesalahan yang dilakukan. Ada beberapa langkah yang dilihat tidak sepatutnya dilakukan sehingga penyokong mencemuh beliau,” kata Gusti menurut laporan Liputan 6.

Indonesia kini menduduki tangga tercorot kumpulan G setelah tewas pada dua perlawanan pertama. Pada 10 Oktober nanti, mereka akan bertandang ke Dubai bagi menghadapi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Anda boleh baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia dis sini:

Penyokong Indonesia Desak Simon McMenemy Letak Jawatan

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group