Bekas pemain tengah skuad Negeri Sembilan FA, Andrew Nabbout diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru skuad juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds Diamond, dalam satu kenyataan rasmi kelab tersebut melalui laman web rasmi mereka hari ini.

Pernah  beraksi dalam 12 perlawanan bersama Negeri Sembilan FA menjaringkan 8 gol pada musim 2016, Nabbout disingkirkan dipertengahan musim bagi memberikan ruang untuk pemain import baru memperkuatkan skuad itu.

Beliau kembali ke Australia, menyertai skuad Newcastle Jets dan pada musim pertama, Nabbout membalas kepercayaan kelab itu dengan menjaringkan 8 gol dari 24 penampilan.

2018-03-05_21-43-30

Seterusnya, pada musim 2017, beliau terus cemerlang beraksi untuk skuad The Jets apabila merekodkan 10 gol dari 22 penampilan serta 7 assist. Jumlah gol itu membolehkan beliau berada dalam dikedudukan ke 5 senarai penjaring terbanyak A-League dan dikedudukan ke 4 senarai pemain paling banyak melakukan assist.

Menurut media Australia, ada beberapa tawaran yang telah diterima oleh Newcastle Jets untuk mendapatkan khidmat Nabbout termasuk sebuah kelab dari UAE, Al-Dhafra, namun tidak menjadi kenyataan kerana kelab tersebut tidak berjaya memenuhi permintaan yuran perpindahan bernilai AUD650,000.

20171222001328288658-original

Juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds yang kehilangan penyerang dari Brazil, Rafael da Silva yang berhijrah menyertai kelab Chinese League One, Wuhan Zall, kelihatan terdesak mencari penyerang yang mampu menggalas tugas yang ditinggalkan.

Aksi terpuji Nabbout dalam A-League telah mencuri tumpuan mereka dan pihak Urawa Red terus menghubungi pihak Newcastle Jets berkenaan yuran perpindahan dan gaji Nabbout. Pihak pengurusan The Jets, telah bersetuju melepaskan Nabbout dengan nilai AUD500,000.

Sumber