Menurut satu laporan dari portal berita Jepun, Sports Hochi pagi ini, pemain Barcelona Andres Iniesta telah bersetuju untuk menyertai Vissel Kobe, kelab dimana Lukas Podolski sedang beraksi sekarang.

Dalam artikel tersebut juga dinyatakan bahawa pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat sejurus selesai perlawanan terakhir Barcelona musim ini bertemu Real Sociedad pada 20 Mei 2018.

Selepas itu, dijangkakan Andres Iniesta akan berlepas ke Jepun untuk mengadakan satu sidang media rasmi berkenaan perpindahan masuk ke Vissel Kobe.

Sekiranya Sepanyol berjaya mara hingga ke peringkat akhir Piala Dunia 2018, Andres Iniesta akan menyertai pasukan Vissel Kobe pada pertengahan bulan Ogos kerana mahu berehat selama sebulan bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar.

Db3NMGzVAAADVQs

Berdasarkan jadual perlawanan J1 League 2018, debut Andres Iniesta paling cepat pada 26 Ogos 2018 dimana Vissel Kobe akan bertemu dengan Yokohama F Marinos di Noevir Stadium, Kobe.

Ketibaan Andres Iniesta di Vissel Kobe itu nanti akan mencatat satu rekod baru apabila Sports Hochi memberitahu bahawa gaji tahunan yang bakal diterima Iniesta adalah sekitar €25 juta, 5 kali ganda dari apa yang diterima oleh Lukas Podolski!

Sumber