Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol dan FC Barcelona, Andres Iniesta dikhabarkan bakal berhijrah ke saingan Liga Argentina apabila sedang mengadakan rundingan bersama Estudiantes de La Plata.

Presiden Estudiantes yang juga bekas pemain tengah Manchester United, Juan Sebastian Veron telah mengesahkan pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Iniesta dan tidak mustahil pemenang Piala Dunia itu kembali beraksi bersama bekas rakan sepasukan di Barcelona, Javier Mascherano.

Andres

Sumber Gambar: Goal.com

Selain Mascherano, bekas pertahanan Barcelona, Gabriel Milito ketika ini sedang memegang jawatan sebagai ketua jurulatih dan faktor ini boleh dijadikan sebagai senjata untuk Estudiantes mendapatkan khidmat Iniesta.

“Kami tidak boleh mengesahkan yang kami telah mendapatkan Iniesta, namun ada perbincangan antara kedua-dua belah pihak. Iniesta merupakan pemain yang mempunyai kredibiliti sama ada kami berjaya mendapatkan beliau atau sebaliknya,” kata Veron menurut laporan Goal.com.

Andres

Andres Iniesta

Kontrak Iniesta bersama Vissel Kobe akan berakhir pada 2021 dimana beliau telah beraksi bersama kelab tersebut sejak 2018. Pemain yang pernah mencipta gandingan emas bersama Xavi Hernandez ini menjaringkan 10 gol dan membantu Vissel menamatkan saingan J1 di tangga ke-8.

Pada awal tahun ini, Iniesta menyatakan beliau akan mendalami dunia kejurulatihan apabila bersara daripada pentas bola sepak profesional.

Baca artikel lain mengenai Andres Iniesta di sini:

Andres Iniesta Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik J League 2019

Ekanit Panya Jadikan Andres Iniesta Sebagai Idola, Berazam Bawa Thailand Ke Pusingan Seterusnya

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group