Ketua pasukan Vissel Kobe, Andres Iniesta dilaporkan menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah saingan Liga Jepun dimana beliau meraih pendapatan sebesar €27 Juta per tahun, bersamaan dengan €2.25 Juta perbulan.

Melihat kepada kredibiliti, status serta nama Iniesta itu sendiri yang pernah memenangi beberapa kejuaraan utama seperti La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Barcelona serta pernah memenangi Piala Dunia 2010 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, maka tidak hairan beliau menjadi penerima gaji tertinggi di Liga Jepun.

Andres
Sumber Gambar: Getty Images

Jika dibandingkan dengan gaji yang diterima dengan pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin bersama Consadole Sapporo, gaji Iniesta masih jauh mendahului dimana Chanathip hanya menerima 30 juta Yen atau €250 Ribu setahun. Nilai sama turut diterima oleh seorang lagi pemain Thailand yang beraksi bersama Yokohama F Marinos, Theerathon Bunmathan.

Ramai pihak berpendapat Andres Iniesta menolak tawaran daripada beberapa kelab Chinese Super League (CSL) dan Major League Soccer (MLS) seperti pemain bintang yang lain kerana Vissel Kobe menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada beliau.

Andres
Sumber Gambar: Goal.com

Selain itu, faktor saingan Liga Jepun yang dianggap lebih kompetitif turut mendorong Iniesta untuk meneruskan karier di negara matahari terbit itu.

Anda boleh lihat senarai penerima gaji tertinggi dalam saingan Liga Jepun musim 2019 di sini.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Jepun yang telah kami sediakan di sini:

Tiga “Centre Back” Malaysia Yang Mempunyai Potensi Untuk Beraksi Di Liga Jepun

Kawin Thamsatchanan Sah Sertai Hokkaido Consadole Sapporo Secara Pinjaman Dari OH Leuven

Gen Shoji Tinggalkan Kelab Ligue 1, Toulouse Untuk Sertai Gamba Osaka