Pengurus Olympique Marseille, André Villas-Boas mahu merasai cabaran dalam saingan Liga Jepun apabila kontrak beliau bersama kelab Ligue 1 itu tamat.

Villas-Boas yang mula membimbing Marseille pada awal musim ini berjaya membawa kelab tersebut muncul naib juara dalam saingan Ligue 1 sekaligus layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Setelah mempunyai musim yang baik bersama Marseille, Villas-Boas menegaskan beliau komited untuk terus bekerjasama bersama kelab, namun beliau mahu memastikan sama ada kelab mempunyai bajet besar bagi saingan musim hadapan.

André Villas-Boas
Sumber Gambar: The Times

“Saya menjalankan tugas dengan baik di Marseille. Saya teruja untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, namun saya perlu tahu bagaimana situasi kewangan kelab.

“Penting untuk kami mempunyai jendela perpindahan yang baik dengan membawa pemain yang berkualiti. Dengan itu, pasukan boleh memberikan saingan yang kompetitif,” kata André Villas-Boas.

Selepas menguruskan Shanghai SIPG dalam saingan Liga Super China (CSL), Villas-Boas mahu mencuba nasib di salah satu liga terbaik di Asia iaitu saingan Liga Jepun.

André Villas-Boas
Sumber Gambar: Goal.com

“Saya lebih rela kembali ke perlumbaan Dakar Rally daripada menguruskan kelab di Liga Perdana Inggeris atau liga Eropah yang lain.

“Saya mahu belajar budaya Jepun dan juga belajar mengenai saingan bola sepak di sana,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Bekas Kelab Alexandre Pato, Tianjin Tianhai Dibubarkan Setelah Isytihar Muflis

K League Cipta Rekod Lebih 3.4 Juta Penonton Di Media Sosial Pada Perlawanan Pertama

Undian AFC B-19 Bermula Pada Bulan Jun, Malaysia Diletakkan Dalam Balang Tiga