Pengurus Everton, Carlo Ancelotti menyatakan beliau sudah tak sabar untuk menabur garam pada luka Liverpool.

Ancelotti juga bertekad mahu menamatkan rekod buruk Everton bertemu Liverpool dalam aksi Derbi Merseyside hujung minggu ini.

The Toffees telah tewas dalam dua perlawanan terakhir menentang Manchester City dan Fulham. Mereka kini hanya 3 mata belakang The Reds. Dengan Everton masih ada baki 1 perlawanan kurang.

Liverpool sedang dalam krisis prestasi di mana mereka tewas dalam kesemua 3 perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Ancelotti menyeru agar pasukannya menambah lagi penderitaan Liveropool dengan menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa kemenangan – dalam semua pertandingan – menentang Liverpool.

Ancelotti berkata: “Kami harus bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya. Ini adalah peluang besar. Derbi adalah perlawanan istimewa. Kami tahu betapa pentingnya ia buat penyokong kami.”

“Selain itu, ketika beraksi di tempat lawan kami berada dalam keadaan yang sangat baik, jadi kami berharap akan dapat meneruskannya.”

Ancelotti juga yakin bahawa perlawanan kali ini adalah masa yang sangat tepat untuk menewaskan Liverpool dan menamatkan badi dalam derbi Merseyside.

“Semua derbi yang anda bermain menentang Liverpool, kamu mahu menang. Sudah lama Everton tak menang derbi. Dan esok adalah masa paling tepat untuk melakukannya.”

“Ianya bergantung kepada apa yang kami dapat lakukan di atas padang dan itu sahaja [caranya].”

Menjelang aksi di  Anfield, Ancelotti mendapat perkhabaran gembira dengan kepulangan pemain tengah Allan serta penjaring terbanyak mereka, Dominic Calvert-Lewin.

Ancelotti tidak dapat mengesahkan kedua dua pemain akan bermain dalam kesebelasan utama. Namun beliau mengesahkan bahawa Allan dan Dominic Calvert Lewin sudah bersedia untuk diturunkan.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Man City Tak Lanjutkan Kontrak Aguero

UEL: Bruno Fernandes Cemerlang Bantu United Belasah Sociedad

Rummmenigge Hampir Tercekik Melihat Hutang Barca & Tergelak Melihat Gaji Messi