Penolong pengurus Real Madrid, Davide Ancelotti berpendapat motivasi tinggi ditunjukkan tonggak Liverpool, Mohamed Salah untuk membalas dendam diatas kekalahan pasukannya pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2017/18 adalah satu perkara yang amat baik dari kaca matanya.

Real Madrid menjulang trofi UCL buat kali ke-13 pada 26 Mei 2018 selepas menundukkan The Reds 3-1 hasil jaringan Karim Benzema dan dua gol daripada Gareth Bale manakala gol saguhati Liverpool disumbangkan oleh Sadio Mane.

Lebih perit untuk ditelan Salah pada perlawanan tersebut, beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-31 selepas kekasaran dilakukan Sergio Ramos membantutkan impiannya untuk membantu Liverpool.

Walaupun setahun kemudian Liverpool berjaya menebus kehampaan tersebut tetapi aksi final bertemu Real Madrid pada 29 Mei jelas memberikan makna yang cukup besar buat Salah.

“Ia merupakan satu perlawanan yang hebat bertemu dengan Real Madrid dan saya memahami sebab Salah mempunyai cita-cita tinggi untuk berhadapan dengan lawan yang hebat dalam pertandingan ini,” ujar Ancelotti menurut laporan Goal.

“Para pemain pada tahap ini adalah sangat kompetitif, jadi sangat baik Salah boleh mendapatkan motivasi tinggi untuk membalas dendam. Tetapi keadaan yang kami miliki di Real Madrid ialah kami sentiasa akan berjuang.”

“Kami mungkin berhadapan dengan sebuah pasukan yang terbaik pada ketika ini. Tetapi tiada pasukan pilihan dalam perlawanan akhir. Saya rasa ia [peluang] 50-50 kerana aksi final Liga Juara-Juara Eropah sukar untuk dijangka.”

“Kami tidak akan pernah mengaku kalah dan ini adalah sebahagian daripada sejarah para pemain dan kelab ini. Ia merupakan pengalaman yang cukup luar biasa [perjalanan ke perlawanan akhir].”

“Saya bertuah kerana menikmati pengalaman ini bersama-sama para pemain dan tidak akan melupakan kenangan ini,” tambah anak kedua kepada Carlo Ancelotti itu lagi.

Amat menarik untuk disaksikan perlawanan akhir di Stade de France itu apabila Real Madrid selaku juara La Liga 2021/22 manakala Liverpool pula cemerlang dengan dua trofi domestik yang dimenangi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Kerajaan UK, Premier League Luluskan Pembelian Chelsea

Thomas Dooley Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Filipina

BBC Minta Maaf Kesilapan Pekerja Pelatih Tulis Manchester United Are Rubbish Pada ‘Ticker’

Sumber