Pakar taktikal Erik Ten Hag kali ini berjaya dalam percaturannya untuk menamatkan kemarau piala di Man United.

Manchester United turun dalam aksi final Piala Carabao 2022/23 menentang Newcastle dalam keadaan mereka masih merasai impak keletihan selepas aksi berdepan Barcelona.

Mujur anak anak buah Ten Hag sebelum ini tidak beraksi sampai ke masa tambahan dalam aksi tersebut dan menyelesaikan urusan di Old Trafford dalam masa 90 minit.

Newcastle intensif

Sebelum perlawanan, Erik Ten Hag melabel Newcastle sebagai pasukan yang menjengkelkan kerana pasukan itu tidak begitu kisah dengan minit memegang bola.

Namun kali ini, tidak pasti sama ada Eddie Howe termakan perang saraf Ten Hag itu. Pasukan Newcastle benar benar membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang boleh bermain dengan penguasaan tinggi.

Pada satu ketika penguasaan bola mereka mencecah lebih 80% dalam tempoh 10 minit permainan.

Man United bermain dengan kestabilan

Dengan Newcastle bermain dengan sistem serangan yang intensif. Man United cuba memanfaatkan peluang untuk merampas bola di bawah dan menyerang balas mereka serta merta.

Beberapa siri serangan balas Man United berjaya mewujudkan situasi benar benar bahaya. Dan jika United lebih tajam di bahagian hadapan, boleh sahaja mereka menghukum Newcastle dengan lebih banyak gol.

Ketika serangan balas, Man United akan menghantar seramai mana pemain dalam kadar segera.

Ini membuatkan Newcastle bergelut untuk mematikan gerakan ataupun garis hantaran yang cuba dibuat.

Lihat situasi di bawah ini, bagaimana Rashford berlari masuk ke dalam dan kemudian keluar sedikit.

Jika bek tengah Newcastle itu memutuskan untuk mengejar Rashford, dia akan membuka ruang kepada Bruno Fernandes.

Satu satunya cara nak mematikan gerakan ini adalah perangkap ofsaid. Dan ianya tidak berkesan.

Sistem sayap Newcastle

Newcastle menghadirkan ancaman dengan kedua dua bahagian sayap mereka namun dengan cara berbeza.

Di sebelah kanan, mereka bergantung kepada serangan dari bawah oleh fullback mereka iaitu Kieran Trippier yang beberapa kali mencetuskan ancaman  termasuk hantaran bahaya.

Almiron akan segera masuk ke dalam dan Trippier akan melakukan larian di bahagian sayap untuk menerima bola.

Di sebelah kiri, mereka bergantung kepada pemain saya serangan iaitu Saint Maximin. Membuatkan Erik Ten Hag terpaksa mengeluarkan Diogo Dalot untuk bermain dengan lebih klasik melayan pemain sayap itu.

Sebenarnya Man United bergelut untuk mematikan dua bahagian sayap Newcastle ini, namun Newcastle gagal menghadirkan ancaman lebih berkesan di hadapan gol.

Man United memfokuskan kepada sistem kompak di tengah. Kerana mereka tidak begitu berkesan mematikan ancaman di sayap lebih awal yang ada risikonya tersendiri.

Namun Ten Hag pasti sedar bahawa mereka menentang pasukan yang akan menggunakan pendekatan sama dalam perlawanan ini, cuma dengan intensiti berbeza.

Ini adalah laporan bagaimana Newcastle merupakan pasukan yang menekankan aspek serangan di kedua dua sayap secara seimbang.

Dan pada fasa binaan serangan mereka akan cuba mengekalkan bola dari tengah untuk membenarkan Trippier naik segera. Oleh sebab itu Weghorst diarahkan menjadi penekan / pressurer pertama di tengah.

Peranan Casemiro

Ini adalah salah satu perlawanan di mana Casemiro menunjukkan bahawa dia adalah pemain penting untuk momen penting. Pengalamannya beraksi di final UCL dalam banyak kali membolehkannya lebih tenang berdepan dengan lawannya di Wembley.

Casemiro sendiri berjaya menjaringkan gol pembukaan yang memberikan tekanan kuat kepada Newcastle. Di mana pasukan itu mulai berfikir bahawa, itu mungkin bukan hari mereka, selepas apa yang mereka lakukan, masih juga Man United di hadapan.

Pengurusan taktikal Ten Hag

Dengan pasukan mereka yang memiliki rehat kurang selepas aksi intensif berdepan Barca, Ten Hag memutuskan untuk menggunakan pendekatan lebih pragmatik.

Man United tidak menjadi pasukan yang dahagakan penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Mereka lebih bertindak sebagai pasukan yang memusnahkan [destroying] corak permainan lawan dan menyerang balas mereka dengan kejam.

Taktikal ini benar benar berjaya dan pilihan yang baik daripada Ten Hag.

Bayangkan jika Man United cuba bermain dengan sistem yang dahagakan penguasaan bola, mereka berdepan masalah besar berdepan dengan kecergasan Newcastle United yang agak luar biasa.

Rumusan

Ianya berkenaan dengan sistem taktikal Ten Hag yang disesuaikan dengan lawan dan juga kapasiti pasukannya pada perlawanan akhir.

Kestabilan adalah perkara paling penting dalam taktikal kali ini. Mengeluarkan Diogo Dalot dan memasukkan Wan Bissaka. Kemudian pada fasa akhir permainan memasukkan Sabitzer dan Maguire untuk membentuk pertahanan berlima.

Itu antara pernyataan jelas tentang perkara ini.

Agak mustahil untuk United bermain intensif sepanjang 90 minit dengan jadual yang agak padat.

Selain itu, 2 kali juga mereka mengatasi perangkap ofsaid lawan untuk mendapatkan gol.

Jadi, kejuaraan kali ini milik pasukan yang menekankan kestabilan berbanding penguasaan.