Axello

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Malaysia menguasai perlawanan dengan sentuhan lebih banyak dalam 15 minit pertama. Ianya fasa permainan kombinasi yang jelas lebih baik dari Harimau Muda.

Namun daripada penguasaan yang banyak itu, Malaysia tidak mampu memberikan nilai tambah lebih baik di final third. Hantaran akhir kepada penyerang adalah tidak bagus. Tiada peluang dicipta daripada permainan terbuka.

Keadaan tersebut berterusan sehingga ke penamat separuh masa pertama. Di mana kreativiti dan hantaran akhir menjadi masalah utama Malaysia.

Akibat masalah kreativiti ini, Malaysia banyak melakukan percubaan jarak jauh.

Thailand bermain 4-4-2 klasik

Thailand turun dengan formasi 4-4-2. Mereka bermain dengan sistem 4-4-2 lebih klasik. Mereka tidak menekan di zon tinggi.

Namun bertindak agresif di zon 2 pertiga ataupun 1 pertiga padang. Mereka bertahan dengan 2 banks of four sepanjang masa.

Taktikal ini mungkin memang digunakan untuk menghadapi kejohanan kali ini. Kerana jurulatih mereka memikirkan bahawa ada Vietnam dan Korea Selatan dalam kumpulan ini.

Mereka mencipta satu sistem yang lebih stabil dan rigid.

Thailand cuba menjemput Malaysia datang lebih jauh ke dalam zon mereka. Kemudian mereka akan cuba melakukan hantaran bypass terus ke serangan.

Thailand akan cuba memastikan binaan serangan itu dibuat sebaik mungkin bukannya mendapat bola terus clear ke atas.

Beberapa kali hantaran ke arah Suphanat dan Benjamin Davis yang terus mencetuskan ancaman.

Misalnya gol pertama daripada Suphanat, mereka melakukan hantaran panjang mengatasi garisan pertahanan Malaysia yang tinggi.

Masalah konsentrasi pemain Malaysia vs off ball movement Thailand

Konsentrasi pertahanan Malaysia menjadi masalah dalam gol ini. Mereka tidak menjangkakan ancaman seperti ini walaupun Thailand sudah beberapa kali menunjukkan keinginan mereka melakukannya.

Malaysia menunjukkan mereka bagus dalam situasi 1 v 1 secara berdepan. Tetapi untuk mengekang bola hantaran lolos serta gerakan tanpa bola Thailand, seolah olah mereka tidak berlatih langsung.

Dalam situasi ini, tidak seorang pun pemain yang sedia dengan ancaman itu.

Apabila sesebuah pasukan itu sudah melabur ramai pemain ke atas, maka high pressing harus memenangi bola ataupun menghancurkan gerakan lawan / destroying. Dalam kes ini ia tak berlaku.

Masalah konsentrasi sekali lagi menjadi musuh Malaysia dalam gol kedua. Thailand tampil dengan sistem yang direct sekali lagi. Hantar bola ke tepi dan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Kali ini lebih sakit kerana hantaran bola rendah itu gagal dipintas oleh mana mana pemain Malaysia. Dan ball watching yang jelas.

Pemain Malaysia tak dapat menjangka ada gerakan di belakang mereka. Mungkin menjangkakan Thailand akan melakukan hantaran tinggi.

Lihat situasi gol ketiga Thailand juga sekali lagi pemain hilang konsentrasi dan dihukum gerakan tanpa bola pemain pemain Thailand.

Masalah ini juga berlaku kerana lemahnya tracking back oleh pemain pemain Malaysia. Pemain tidak dapat menjangkakan ancaman dan terus cuba mengekang / track back ancaman itu.

Ianya berkaitan dengan pemikiran taktikal ataupun kecerdasan berfikir di atas padang. Kerana dalam situasi di dalam padang, pemain harus ada daya antisipasi yang baik selaku pemain profesional.

Rumusan

Malaysia memperbaiki  aspek permainan berpasukan di dua sektor iaitu defensive third dan middle third ketika dalam penguasaan, namun sangat menghampakan ketika mencecah final third.

Tiada kreativiti dan tidak ada kemampuan untuk menyusahkan pertahanan Thailand dengan fizikal.

Seterusnya pada fasa tanpa bola, Malaysia kerap terkeliru apa yang harus mereka lakukan. 3 gol Thailand terhasil daripada situasi gerakan tanpa bola dari belakang pemain lawan.

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group