Taktikal KL City dengan Al Seeb dalam aksi final Piala AFC 2022 adalah berasaskan platform dan formasi yang sama.

Kuala Lumpur beraksi di hadapan penyokong sendiri ketika berdepan dengan Al-Seeb untuk aksi final Piala AFC 2022.

Di mana perlawanan tersebut dimenangi kelab dari Oman, dengan skor 3-0. Menjadikan Al Seeb kelab Oman pertama memenangi Piala AFC.

Pertarungan 4-4-2

Kedua dua pasukan tampil dengan formasi 4-4-2. Dan ianya menjadi platform utama taktikal mereka ketika menyerang dan bertahan.

Walaupun tampil dengan formasi yang sama, dari segi tahap intensiti serangan, pasukan Al Seeb adalah lebih baik.

Mereka lebih keinginan untuk mengawal tempo permainan.

Seorang penyerang utama mereka sentiasa bergerak seperti no.10 untuk memecahkan zon padat KL City bagi membina hubungan antara tengah dan serangan.

KL City pula lebih direct dalam dan mudah dijangka dalam sistem serangan mereka.

Bermain dengan 4-4-2 klasik dan menyerang dengan gaya 4-4-2 klasik yang sebenar. Mereka akan sentiasa cuba menggunakan pemain sayap untuk membawa bola sejauh mungkin di tepi dan melakukan hantaran lintang.

Pertarungan taktikl KL City Al Seeb

KL City dan Al Seeb masing masing dengan 2 chain of 4 ketika bertahan. Walaupun dalam banyak ketika KL City berdepan kesukaran untuk mengelak daripada dicerobohi di zon 14.

taktikal kl city al seeb

Taktikal KL City dan Al Seeb Dibezakan Ketajaman

Apabila bercakap soal taktikal, dari segi struktur, kedua dua pasukan memiliki kualiti yang hampir sama.

Malah dari segi kreativiti, KL City adalah lebih baik dengan menghasilkan lebih banyak percubaan gol.

Seperti dinyatakan di atas, KL City lebih direct manakala Al Seeb lebih fluiditi di serangan dalam pertarungan taktikal yang rigid antara kedua duanya.

Namun dari segi ciptaan peluang kedua dua pasukan masing masing mencipta peluang gol. Statistik menunjukkan KL City lebih banyak mengancam. Namun bezanya ketajaman.

KL City mempersia siakan beberapa peluang gol terbaik mereka dalam perlawanan ini. Antaranya ketika Zhafri Yahya berpeluang memberikan tekanan awal kepada lawan sekiranya menjaringkan gol daripada situasi ini:

KL City bermasalah bertahan dalam kotak penalti

KL City ada isu yang ketara untuk bertahan sebagai unit dalam kotak penalti terutama sekali hantaran lintang.

2 daripada 3 gol Al Seeb adalah daripada hantaran lintang. Gol pertamanya asalnya merupakan hantaran lintang. Namun penjaga gol gagal memenangi bola dan terus ditewaskan daripada sepakan penjuru.

Gol kedua Al Seeb terlalu mudah untuk pemain penyerang mereka memenangi bola di depan penjaga gol dengan memintas pertahanan KL City untuk menerima hantaran lintang pendek.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1583787838666985474

Gol ketiga adalah gol dengan aksi individu daripada Muhsen Al Ghassani, di mana pemain itu terlalu mudah mendapat ruang yang dia mahukan dalam kotak penalti dan menggelecek.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1583800429791498240

Rumusan

Perlawanan ini bukanlah perlawanan yang menunjukkan bahawa taktikal KL City dan lawan mereka terlalu jauh bezanya. Tetapi cara melaksanakannya di kawasan serangan adalah perbezaan sebenar.

KL City tidak megambil kesempatan ke atas peluang yang mereka miliki dengan sebaik baiknya berbanding dengan lawan mereka. Al Seeb bukanlah pasukan yang benar benar ampuh bertahan, namun mereka tidak dihukum oleh KL City pada kali ini.

Seterusnya, dari segi pertahanan, KL City harus memperbaiki aspek bertahan secara unit dalam kotak penalti.

Al Seeb memenangi perlawanan ini dengan corak taktikal yang tidak kompleks namun ianya dilakukan dengan profesional. Tidak membazirkan peluang dan lebih keinginan untuk mengawal permainan.