Itali menang bergaya dalam aksi pembukaan kempen Euro 2020 mereka. Di mana anak anak buah Roberto Mancini menang 3-0 ke atas pasukan giant killer di kelayakan – Turki.

Turki bermain dengan blok sangat rendah

Turki menggunakan pendekatan pasif untuk perlawanan ini. Mungkin kerana mereka sedar bahawa Itali lebih kuat. Namun pendekatan mereka terlalu ke bawah dan mengundang banyak masalah kepada mereka kerana bola terlalu banyak melepasi bahagian tengah.

Kesannya, Itali mendapat 3 insiden yang hampir memberikan mereka penalti.

Turki memberikan masalah kepada Itali dari segi fizikal. Seterusnya mereka sangat kompak dan berdisiplin pada separuh masa pertama. Di mana Itali mencatatkan banyak percubaan gol namun tak satu pun yang masuk.

Itali jumpa cara

Sebenarnya dalam perlawanan ini, Itali sentiasa jumpa cara untuk sampai ke final third. Namun mereka tak menemui cara untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Itali kekalkan kesabaran dan penguasaan bola mereka. Dan akhirnya Turki hilang disiplin sebagai unit besar ketika bertahan. Itali juga sangat stabil di tengah dan menyukarkan lawan mereka menyerang balas.

Pada minit ke-53, Itali mendapat gol pertama menerusi gol sendiri Merih Demiral. Gol sendiri itu berpunca daripada gerakan cantik di half space dan kemudian Berardi berlari ke byline melakukan hantaran paras dada.

Turkey-0-3-Italy-EURO-2020-Highlights-Astro-SuperSport-realme8-5g-YouTube (1)

Turki dihukum dengan gol ketiga daripada skim serangan yang hampir sama.

Demiral yang cuba menghalang bola daripada sampai kepada Immobile tidak dapat menukar posisi badannya dengan lebih cepat.

Selepas gol itu, Turki mulai lebih terbuka kerana mencari gol. Dan mereka dihukum dengan dua gol lagi oleh Itali.

Ciro Immobile berjaya menjaringkan gol yang termuntah daripada tangan penjaga gol.

Penyerang paling bahaya malam tadi, Lorenzo Insigne berjaya melakukan lencongan yang kemas untuk gol ketiga.

Pendekatan Itali di bahagian sayap

Itali dalam perlawanan ini mengajak Turki bermain lebih banyak di bahagian sayap. Salah satu sebabnya untuk menarik pemain ke zon sisi bagi membuka ruang di tengah.

Itali menerusi Spinazzola dan Insigne berjaya menghadirkan ancaman sangat kerap dari sebelah kiri.

Pada separuh masa kedua Turki terlalu banyak hilang bola dan diserang balas dari tepi. Insigne memberikan malam yang sukar buat Turki dengan kelincahan dan kelajuannya.

Ini adalah contoh bagaimana Spinazzola ditolak ke zon yang sangat tinggi dan kekal di sana untuk tempoh lama seperti winger.

Dia membantu mewujudkan rangkaian yang akan melepaskan Insigne ke atas dan pada masa yang sama dia sendiri akan menjadi flanker kedua yang aktif ke dalam kotak penalti.

wid

Dalam kes ini juga pemain sayap Turki sangat lemah merantai Spinazolla. Membuatkan pemain itu mendapat ruang ekstra sangat kerap. Ini kerana sukar untuk pemain bek sisi Turki mengawal dua pemain dari sayap.

Biasanya tugasan bek ofensif lawan adalah tugas pemain sayap pasukan yang diserang untuk mengawalnya.

Turkey-0-3-Italy-EURO-2020-Highlights-Astro-SuperSport-realme8-5g-YouTube (2)

Lihatlah peta haba Spinazzola yang sangat ofensif.

spina

Insigne adalah perancang sayap/ wide playmaker terbaik mereka. Jadi mereka perlu pastikan dia segera menghadirkan ancaman sebaik sahaja menerima bola. Oleh itu bola hantaran lolos adalah pilihan utama dang mengurangkan pertembungan duel 1 lawan 1.

Rumusan

Ini adalah definisi pelan taktikal sempurna berhadapan dengan pasukan ultra defensive. Di mana Itali tetap berjaya mencipta peluang.

Mereka mendapatkan gol awal separuh masa kedua untuk membuka ruang yang ketat di belakang pertahanan Turki.

Hasilnya gol kedua dan ketiga menyusul kerana mereka membuatkan Turki mulai hilang fokus dan perancangan permainan mereka harus bertukar.

Itali sangat cepat bertukar hantaran di antara pemain. Dan kualiti hantaran yang bagus membuatkan pasukan lawan sangat sedikit masa untuk berkumpul semula / regroup.

Turki pada masa yang sama terlalu ramai pemain off form dalam perlawanan ini. Kita tak hairan kalau Turki kalah dengan Itali, namun kita pasti tak menyangka dengan cara seperti ini.

Pemain mereka gugup, dan tidak ada sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang perlawanan. Seterusnya selepas 1-0 di belakang mereka kehilangan ‘shape’ dan disiplin dengan mendadak. Selain daripada respon yang teruk ketika ketinggalan.