High pressing Malaysia berjaya memberikan banyak masalah kepada Thailand dalam aksi mereka. Malaysia berjaya memenangi aksi pertama Piala Raja Thailand 2022 dengan menyingkirkan pasukan tuan rumah.

Permulaan

Thailand menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini. Dengan menjadikan Chanathip Songkrasin sebagai titik utama di zon 14 mereka.

Sementara Malaysia memulakan aksi dengan sistem 3-4-3. Menjadikan Corbin Ong dan Arif Aiman sebagai wingback dalam sistem ini.

Thailand tumpul di final third

Masalah utama Thailand adalah ketumpulan di sepertiga akhir padang. Di mana mereka berjaya mencipta beberapa peluang gol tetapi tidak dapat dimanfaatkan.

Prestasi Syihan Hazmi juga antara sebab yang membuatkan Thailand pada satu ketika memikirkan bahawa mereka tidak ada peluang langsung untuk mengatasi pemain yang sedang dalam prestasi tertinggi malam tadi.

Thailand bermula dengan baik. Cuba membina rentak permainan berdasarkan serangan dengan permainan kombinasi. Tetapi tempo mereka perlahan lahan mulai dirosakkan Malaysia dengan sistem bertahan yang baik.

Malaysia kompeten dari segi duel di sepertiga bawah padang mereka. Thailand banyak kehilangan bola pada hantaran akhir.

Tempo Thailand mulai rosak ketika mereka terpaksa kehilangan Chanathip pada 15 minit pertama.

Setrerusnya Thailan banyak kali melakukan aksin teragak agak dan lambat membuat keputusan di final third terutama sekali menerusi Supachok.

Malaysia menaikkan intensiti pressing

Malaysia kemudian menaikkan intensiti tekanan mereka ke atas Thailand. Bertindak lebih agresif untuk mendesak Thailand melakukan kesilapan. Ini antara amaran awal yang dihantar oleh Malaysia. Namun Thailand diselamatkan oleh wisel pengadil ketika pemain mereka kehilangan bola pada fasa build up.

High pressing Malaysia

Thailand kemudian beralih menjadi pasukan kedua terbaik pada separuh masa pertama selepas 15 minit.

High pressing Malaysia

Malaysia mulai menetapkan tempo permainan untuk dimainkan.

High pressing Malaysia

Sistem permainan Malaysia sebenarnya sangat straightforward dari segi formasi. Mereka bertahan dengan 3-4-3 dan menyerang dengan 3-4-3.

Cuma berlaku pertukaran peranan yang kerap antara Safawi Rasid dan Arif Aiman.

High pressing malaysia

Malaysia juga berjaya memanipulasi kelemahan Thailand dalam bola kedua ataupun bola pertama dalam situasi duel.

Gol pertama adalah kegagalan Thailand memenangi bola pertama dan dihukum dengan kawalan pertahanan mereka yang longgar.

Thailand membina semula

Pada separuh masa kedua, Thailand cuba membina semula sistem permainan mereka.

Malaysia cuba mengekalkan stabiliti permainan dengan permainan formasi.

Namun masalah disiplin ketika bertahan selepas mendahului sekali lagi menjadi masalah kepada Malaysia. Di mana Malaysia memberikan 2 sepakan percuma, menerima 1 kad merah (kad kuning kedua) pada masa kecederaan.

Thailand memanfaatkan peluang terakhir dalam perlawanan dengan gol penyamaan.

Tetapi kredit kembali kepada Malaysia kerana ianya tidak mengganggu mentaliti pemain Malaysia dengan mendengar sorakan penyokong Thailand meraikan gol penyamaan itu.

Prestasi Syihan Hazmi

Namun masalah terbesar Thailand dalam perlawanan ini ialah Syihan Hazmi. Pemain itu berterusan menafikan percubaan percubaan penting mereka.

Sekurang kurangnya 3 penyelamatan situasi ‘boleh gol’ Thailand dinafikan. Seterusnya dia juga menafikan 1 percubaan penalti Thailand pada ‘shootout’.

Rumusan

Thailand tewas kerana mereka gugup dalam beberapa situasi. Malaysia melakukan pressing yang bagus pada fasa high pressing. High pressing Malaysia, bukanlah tekanan tinggi yang berterusan sepanjang 90 minit, namun ianya ‘cukup’ dilakukan dalam perlawanan ini.

Selain daripada highlight kepada Corbin Ong dan Syihan Hazmi, prestasi back 3 Malaysia juga wajar dipuji dalam perlawanan ini.

Akhirnya pasukan yang lebih baik secara keseluruhan memenangi perlawanan ini.