Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Terengganu berdepan dengan JDT yang berdisiplin dalam taktikal final Piala FA 2022.

Artikel Berkaitan:

Terengganu dan JDT berdepan dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dan seperti yang kita sedia maklum, JDT menjuarai Piala FA 2022 dengan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu.

Analisis Taktikal Final Piala FA 2022

Permulaan

Kedua dua pasukan di atas kertas turun dengan sistem 4-3-3. Namun Terengganu lebih banyak beraksi dalam sistem 4-2-3-1. Dengan Faiz Nasir dan Faisal Halim berada di bahagian sayap.

JDT menurunkan trio serangan terkuat mereka musim ini iaitu Fernando Forestieri, Arif Aiman dan juga Bergson.

Sistem sayap dan tengah Terengganu rosak

Terengganu cuba menyerang JDT menerusi 2 koridor utama di bahagian sayap. Namun malangnya, Faisal Halim dan Faiz Nasir tidak mendapat ruang yang mereka mahukan.

Secara teknikal, kedua dua pemain sayap Terengganu itu gagal secara duel 1 v 1 dengan bek sisi JDT.

Secara taktikal, kualiti hantaran Terengganu yang lemah dari segi ketepatan dan visi membuatkan mereka tidak dapat membebaskan 2 pemain sayap itu agar lebih ke hadapan.

Seterusnya di bahagian tengah, Terengganu memberikan ruang terlalu besar buat JDT. Mereka juga tidak memiliki sokongan yang baik di central area. Menyukarkan pemain pemain mereka yang nak keluar daripada high pressing.

Terengganu ada masalah U shape ataupun disebut juga V shape. Merujuk kepada ketidakmahuan pemain bermain di zon padat – tengah tengah pertembungan antara pemain.

Ianya mungkin kerana Terengganu memang fokus kepada zon sayap untuk mereka menyerang JDT. Tetapi masalah V / U shape ini seharusnya diatasi segera.

Akhirnya berlakulah acara sepakan lambung terus ke atas. Itupun mereka sukar untuk melaksanakan plan tersebut kerana secara duel fizikal mereka kalah.

JDT miliki kekuatan pada trio serangan

Jika bercerita dari sudut taktikal, JDT bukanlah bermain dengan sistem taktikal yang benar benar dominan. Kita sudah menyaksikan lebih banyak aksi di mana mereka bermain taktikal lebih baik.

Namun ini adalah aksi final, memang kebiasaannya, aspek taktikal dikorbankan sedikit demi untuk fokus kepada sistem bertahan dan mencari gol dengan apa cara.

Walaupun secara keseluruhan, di bahagian tengah JDT tidak begitu dinamik, namun setiap kali bola diserahkan kepada 3 trio serangan mereka, ianya terus menjadi ancaman kepada Terengganu.

Kesilapan defensif Terengganu

2 daripada 3 gol JDT adalah sumbangan secara terus kesilapan defensif pasukan Terengganu. Dan kedua dua kesilapan defensif itu adalah daripada kesilapan penjaga gol ataupun goalkeeping error.

Walaupun gol kedua JDT mungkin boleh dikira penjaga gol berkorban 1 kesilapan untuk memberikan penalti bagi menghalang Bergson daripada terus melakukan gol. Punca kepada kesilapan itu adalah kelemahan Terengganu bertahan secara kompak.

Tiada tekanan di tengah dan kemudian garisan tinggi pertahanan mereka diatasi.

Gol ketiga JDT adalah daripada kesilapan penjaga gol yang gagal dalam usahanya melakukan sweeping.

Agak menarik kerana Terengganu sebenarnya baru sahaja merapatkan kedudukan, juga kerana kesilapan penjaga gol di pihak JDT. Ketika pasukan mereka cuba menjadikan gol itu motivasi untuk bangkit, mentaliti mereka disentak sekali lagi kerana kesilapan maut pada aksi final.

Tidak boleh terlalu menyalahkan penjaga gol muda itu 100%. Kerana Terengganu memang bergelut dengan permainan mereka ketika bertahan. Mendedahkan penjaga gol mereka dengan bahaya banyak kali.

JDT fokus kepada disiplin berpasukan

JDT bukan pasukan yang possession hunger atau mahukan fluiditi dalam perlawanan ini. Tetapi mereka menekankan aspek berpasukan. Oleh sebab itu pemain pemain mereka lebih berdisiplin ketika bertahan dan cepat turun.

Berbeza dengan Terengganu di mana Arif Aiman seringkali diberikan ruang besar kerana track back yang lemah dan tiada bantuan lebih baik daripada pemain sayap mereka untuk turun membantu bertahan.

Terengganu gagal menghadirkan ancaman yang banyak ke gawang mereka. Tetapi JDT tetap memutuskan untuk tidak obses dengan kelemahan serangan lawan untuk dijadikan alasan menukar taktikal mereka.

Taktikal JDT kali ini benar benar taktikal sesuai untuk final. Mereka mungkin belajar daripada apa yang berlaku dalam final menentang Kuala Lumpur – dalam Piala Malaysia musim lalu.

Selain itu disiplin ini juga terbentuk kerana pemain pemain JDT lebih berpengalaman mengendalikan tekanan di final seperti ini. Pada kedudukan 3-1 dan masa kecederaan, JDT masih bermain dengan sistem formasi mereka, sepertinya mereka cuma 1-0 di hadapan.

Taktikal final piala fa jdt

Rumusan

Secara adilnya, daripada taktikal final piala FA JDT  kali, menunjukkan kualiti mereka masih jauh di hadapan Terengganu. Namun kredit kepada pasukan Terengganu yang mampu mara sehingga ke final dengan set pemain mereka ada.

Ianya membuktikan bahawa mereka membangun sebagai pasukan. Terengganu pasti akan menjadikan pengalaman ini untuk penambahbaikan di masa akan datang.

Selain itu Terengganu memerlukan leader yang sebenar dalam perlawanan seperti ini. Leader tak semestinya kapten. Misalnya seorang jeneral di tengah padang. Ternyata 2 pemain tengah Terengganu dalam perlawanan ini hilang kepimpinan dan juga ‘aura’ yang diperlukan untuk perlawanan besar.