Peranan Theerathon Bunmathan kali ini benar benar berada di kelas berbeza dengan mana mana pemain lain di Asia Tenggara.

Dia dipilih sebagai MVP ataupun Pemain Paling Bernilai untuk edisi 2022.

Rasanya tiada siapa yang membantah pemilihan beliau. Kerana dia paling layak.

Theerathon diarahkan bermain dalam peranan sekunder / secondary dalam kejohanan kali ini.

Ketiadaan Chanathip Songkrasin membuatkan Mano Polking menggunakan Theeraton sebagai pemain tengah.

Thailand menang Piala AFF 2022 dengan keputusan agregat 3-2 mengatasi seteru mereka Vietnam.

Namun kali ini kita akan membincangkan peranan Theerathon Bunmathan dalam pasukan Gajah Perang kali ini.

Peranan sebagai box to box dan central winger

1. Central Winger

Central winger adalah peranan yang paling tepat untuk menggambarkan Theerathon pada kali ini dalam beberapa perlawanan.

Peranan ini juga disebut false no.10.

Satu peranan yang meletakkan pemain di tengah pada asasnya, namun secara aktifnya mereka akan bergerak ke sayap atau menjadi penyerang kedua di belakang no.9.

Apabila berbicara tentang peranan central winger, kita hanya perlu memahami peranan Mesut Ozil.

Mesut ozil

Pemain yang di atas formasi sebagai no.10, namun di atas padang dia akan berada banyak di half space ataupun bahagian hujung sayap.

Itulah peranah Theeraton. Bagaimana dia boleh melakukan assist dari bahagian tengah ataupun bahagian sayap.

Dia memainkan peranan ini dengan efektif ketika menentang Malaysia. Oleh sebab itu dia banyak menyusup masuk ke bahagian sayap.

2. Box to box

Selain itu Theerathon juga banyak dikerah sebagai box to box. Dalam dua aksi final menentang Vietnam dia bermain sebagai box to box.

Dari segi aspek keserba-bolehan, Theerathon sangat luar biasa. Dia kerap bermain di peranan yang banyak menuntut dia untuk berada di bawah sekali atau sangat tinggi di atas padang.

Itulah yang membolehkan dia bermain peranan box to box ini dengan berkesan ditambah dengan stamina yang sangat baik.

Visi dan kualiti hantarannya membuatkan Theerathon efektif menjadi playmaker di tengah atau jauh sedikit ke belakang.

Ini adalah detik dia menjadi playmaker di tengah.

Analisis peranan theerathon bunmathan

Dan ini adalah contoh dia melakukan hantaran bahaya dari belakang.

 

Kemampuan untuk melakukan hantaran silang, melakukan hantaran vertikal dan diagonal dari kawasan tengah merupakan aset yang penting untuk seorang box to box.

Dan biasanya box to box boleh menjaringkan gol dari luar kotak penalti, seperti mana Frank Lampard atau Steven Gerrard lakukan.

Theerathon membuktikan kualitinya. Kita jangan anggap dia setaraf dengan pemain pemain disebutkan di atas. Cuma fokus kepada corak permainannya.

Kenapa dia efektif?

Lihat sahaja pembangunannya. Dia merupakan bek sisi yang sangat efisien dalam serangan dan juga bertahan.

Dia dibentuk menjadi pemain yang bermentaliti menyerang dan bertahan.

Selain itu, dia juga boleh menggunakan kedua dua kakinya dengan berkesan.

Seterusnya kredit kepada komitmen dia untuk bermain di mana sahaja diminta oleh jurulatihnya.

Jadi, Piala AFF 2022, adalah Piala AFF yang mungkin tak akan dimenangi Thailand jika mereka tidak memiliki Theerathon sebagai pembuka kuncinya.

Rumusannya, Theerathon adalah complete player milik Thailand. Dia ada kecerdasan bermain banyak peranan berbeza dengan efektif.