Mitoma kini menjadi antara bukti bahawa scouting pasukan Brighton benar benar luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Haruslah diberikan kredit kepada pemilik Tony Bloom.

Di mana pada era pemilikannya, dia telah menekankan aspek analisis data yang lebih sistematik dalam usaha mendapatkan pemain murah dan berpotensi untuk dibangunkan menjadi pemain elit.

Seagulls menekankan 2 perkara utama dalam analisis mereka iaitu gaya permainan dan harga pemain yang berada di bawah paras harga sebenar.

Dalam beberapa tahun ini mereka memiliki pemain seperti McAllister, Ben White, Lamptey, Yves Bissouma, Moises Caicedo dan Marc Cucurella. Itu antara bakat yang hebat di Brighton.

https://twitter.com/frankiesaunders/status/1616840741594009600

Dan kini seorang lagi pemain yang berjaya membuktikan potensinya adalah pemain antarabangsa Jepun, Kaoru Mitoma yang sebelum ini orang tak pernah dengar.

Kaoru Mitoma Lengkapkan Perpindahan Ke Brighton & Hove Albion

Namun kini namanya sangat luar biasa untuk peminat bola sepak. Selain itu, dia juga berjaya menaikkan lagi popularitinya selepas gol yang dianggap kontroversi pada Piala Dunia 2022 ketika menentang Sepanyol.

Media di Sepanyol membantah gol itu, namun VAR pula menyatakan bahawa Mitoma berjaya menyambar bola itu sebelum melepasi garisan sepenuhnya.

Dibeli dengan prinsip yang sama iaitu, risiko rendah dengan pulangan tinggi. Dia hanya dibeli dengan harga £2.5 juta.

Dalam masa 18 bulan nilainya mencanak naik kepada €8.5 juta menurut TransferMrkt. Dan angka itu kian meningkat.

Pada Ogos 2021, pemain sayap itu bermain seluruh karier remaja bersama Kawasaki Frontale sehingga menjadi pemain senior.

Mitoma malah sempat belajar di Tsukuba University sebelum membuat debut senior bersama kelab pada musim 2019/20.

Mitoma mengejutkan ramai pihak dengan menjadi pemain kesebelasan terbaik tahunan Liga J selepas menjaringkan 13 gol. Membantu kelab menjuarai Liga J ketiga dalam 4 tahun terakhir.

Bakatnya menarik perhatian Brighton yang merasakan dia pemain yang menepati polisi perpindahan kelab.

Kredit kepada pasukan scouting Brighton yang sanggup melakukan pemantauan bakat sehingga ke Jepun.

Gaya permainan sesuai dengan Brighton

Brighton mendapati Mitoma sesuai dengan corak bola sepak mereka yang ketika itu di bawah Graham Potter. Cuma perlu membentuk kekuatan fizikalnya untuk bermain di Liga Inggeris.

Oleh sebab itu kehadiran pengurus yang tepat seperti De Zerbi penting ketika kelab itu mencari pengganti Potter.

Kaoru Mitoma brighton scouting

Jika Brighton mendapatkan pengurus yang lebih pragmatik, bakat seperti Mitoma mungkin tidak akan berada pada potensinya pada hari ini.

Gaya permainannya mirip kepada gaya Eden Hazard. Pemain yang suka menggelecek lawan dengan masuk ke dalam dan keluar [inside out dribbling] membuatkan pemain pening.

Dia pemain sayap kiri atapun sisi kiri.

Menurut data scouting Brighton, Mitoma memiliki naluri yang sangat baik tentang momen atau ‘timing’ yang sesuai untuk melepaskan hantaran kepada rakannya. Ditambah dengan kecenderungannya cuba mencari gol.

Secara defensif, dia seorang yang sangat rajin turun naik. Melakukan 82% bentesan tepat musim ini. Oleh sebab itu dia tiada masalah bermain di posisi bek sayap sekalipun di bawah sistem Potter.

Dengan kehadiran De Zerbi yang lebih gemarkan sistem bek berempat makan Mitoma kembali ke sayap kiri. Membuatkan Leandro Trossard kehilangan tempatnya.

Selepas membuat debut pada awal musim dengan kemenangan bersejarah 4-1 ke ats Chelsea, Mitoma mulai meningkatkan sumbangan gol dan assistnya.

Dia turut menjadi salah seorang penggelecek paling lincah dan tajam di EPL pada masa ini.

Satu fakta yang menarik, ketika di Universiti, dia menghasilkan tesis tentang gelecekan dalam bola sepak.

Pada Disember 2021, dia menjadi penggelecek / pembawa bola yang paling bahaya dan efektif di atas padang, dari kalangan pemain pemain EPL.