Bayern Munich menang tipis dan membawa pulang 3 mata yang sangat mereka perlukan dalam aksi Der Klassiker berdepan Borussia Dortmund di Signal Iduna Park.

Struktur

Bayern bermula dengan formasi 4-2-3-1, menurunkan Alphonso Davies di bek kiri – menggandingkan Alaba dan Boateng di bek tengah.

Borussia Dortmund bermula dengan sistem 3-4-3/3-4-2-1. Mereka meletakkan Haaland sebagai target man.

centera

Pendekatan berisiko Bayern Munich

Bayern Munich bermain dengan sistem 4-2-3-1 di dalam perlawanan ini. Mereka menumpukan akses segera ke final third.

Bayern mengenakan tekanan awal/early press setiap kali Dortmund membina serangan dari bawah. Masalah utama mereka, tekanan itu tidak cukup bagus dan kerap dilepasi dengan mudah.

cpress

Borussia Dortmund berjaya melakukan 18 hantaran di defensive third dan Bayern hanya 8.

Julian Brandt antara pemain yang banyak menghadirkan ancaman kepada mereka menerusi serangan pantas dalam keadaan Bayern kekurangan pemain di belakang dan garisan pertahanan yang sangat tinggi.

Di mana Bayern secara tak langsung kerap menolak 7-8 pemain ke zon serangan secara tak langsung kerana pemain yang mereka turunkan rata rata offensive minded.

load

Namun masalah utama Borussia Dortmund adalah gagal menghasilkan penyudah, sama ada hantaran akhir ataupun percubaan tepat. Pada separuh masa pertama, Dortmund cuma ada 1 percubaan tepat daripada beberapa siri serangan mereka.

Bayern, walaupun rapuh dari segi pressing, namun mereka sangat bagus dalam melakukan recovery ataupun melakukan tugasan pertahanan pada situasi genting.

Misalhnya Alphonso Davies yang beberapa kali berjaya mematikan serangan balas lawan.

Pertarungan di tengah

Bayern Munich merantai dua pivot Borussia Dortmund untuk mengelakkan pasukan tersebut mendominasi bahagian tengah.

Dortmund menggunakan pendekatan meramaikan pemain di tengah / overload midfield.

[pertarung

Harus diakui Bayern Munich memang bergelut di tengah. Di mana mereka jelas merindui aksi pemain seperti Thiago Alcantara yang lebih flair di tengah.

Kimmich adalah workhorse, namun secara keseluruhannya, taktikal mereka di tengah sangat rumit.

Kesannya, pada separuh masa kedua, Bayern kerap mengelakkan pertarungan di tengah dan fokus kepada sayap.

Borussia sukar mengawal off-ball movement Bayern

Thomas Muller sangat penting dalam perlawanan ini. Beliau bertindak sebagai floating attacker yang sangat bagus dalam mencari ruang.

Muller berada di dalam kedudukan terbaik dalam beberapa ketika, malang beliau gagal untuk lebih tajam.

Fokus Dortmund kemudian terganggu dan ketika mereka fokus kepada Muller, pemain seprti Gnabry dan Goretzka menghadirkan ancaman.

Secara keseluruhannya, pemposisian oleh pemain pemain Bayern di zon serangan menyukarkan Dortmund.

Borussia Dortmund sudah cuba berada sekompak yang mungkin namun mereka struktur mereka tetap dipecahkan dengan kerap.

bayss

Rumusan

Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang dari segi keupayaan kedua dua pasukan menyerang dan bertahan.

Namun yang membezakan mereka adalah kualiti tambahan apabila penyudah penyerang utama mereka ditutup.

Gol oleh Joshua Kimmich adalah individual brilliance yang meleraikan ‘deadlock’ dalam perlawanan ini.

Seterusnya, Borussia Dortmund kurang ‘decisive’ di zon serangan. Banyak tindakan yang teragak agak dan tidak kemas.