Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Inter Milan antara pasukan yang bergelut untuk mengejar kegemilangan lalu.Selepas era gemilang ketika di bawah Mourinho, Inter Milan kemudian bergelut untuk meyakinkan dunia bahawa mereka masih Inter Milan yang dahulu.

Pengurus silih berganti namun impaknya tetap hambar. Inter Milan terlalu jauh berbanding dengan Juventus. Malah pada satu ketika mereka tidak setanding dengan Napoli sekalipun.

Lalu Inter Milan melantik Antonio Conte. Keputusan dibuat dengan berani dan segera. Kerana ketika melantik Conte mereka masih ada perlawanan hidup mati untuk mara ke UCL musim ini di bawah Spalletti.

Kredit kepada profesionalisme Spalletti yang membantu Inter mara ke UCL pada persaingan sehingga ke hari terakhir dalam perebutan slot.

Perlantikan Conte disambut baik semua pihak, dan beliau memang dikenali dengan pengurus yang menggemari sistem back 3 ketika di Juventus, Itali dan juga Chelsea.

conte

Conte seringkali dilabel sebagai pengurus yang defensif ketika di England. Ianya membuatkan beliau kadangkal dipandang rendah dalam pengurusan taktikal serangan.

Jadi dalam artikel kali ini, kami akan menjelaskan pembentukan serangan dengan bertumpu kepada penyerang kembar Inter iaitu Lukaku dan Lautaro Martinez.

Formasi

Seperti dinjangka Conte akan menggunakan sistem  back 3 di Inter. Cuma tak pasti mana satu akan menjadi formasi utama, sama ada 3-4-3 ataupun 3-5-2.

Conte awalnya menyelesaikan isu gandingan Lukaku dan Lautaro. Kerana di Chelsea beliau gemar dengan 3-4-3.

Ini bermakna salah seorang kena main di sayap.

Lukaku pernah meluah dia tak suka bermain di sayap. Lukaku merujuk kepada; beberapa kali beliau diberikan peranan di sayap ketika di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Conte memutuskan untuk menggunakan twin no.9 dengan bermain 3-5-2.

mar

Ini bermakna beliau perlukan wingback sebenar. Conte mendapatkan Ashley Young dan Victor Moses. Kerana mereka perlukan penghantar hantaran silang yang aktif.

Relevannya mendapatkan dua pemain ini adalah untuk perancangan jangka pendek.

Ini kerana Conte sekarang nak membina sistem permainan baharu di Inter.

Conte sudah menetapkan sistem no.9 beliau mahukan. Dan dia terus bekerja dengan sistem servis kepada no.9. Dan Conte memilih sistem dengan hantaran silang yang aktif.

Pembentukan sistem

Moses memang sudah lama faham dengan gaya Conte. Young pula memang boleh bermain wingback.

2 pemain ini penting dalam menyokong transisi ketika pemain lebih muda daripada mereka yang dibangunkan cuba memahami sistem.

Di pusat latihan Young dan Moses memudahkan kerja Conte kerana mereka boleh menunjukkan secara praktikal apa yang Conte mahu.

Nak harap Conte tunjuk tu boleh tetapi dari segi latihan dengan larian taktikal, takkan Conte nak menjadi sebahagian pasukan dalam pertarungan antara pasukan di latihan.

Conte juga memiliki Candreva yang merupakan pemain pentingnya ketika di Itali.

Memberikan pemahaman kepada pemain tentang sistem amat penting. Selepas mereka tahu, maka kumpulan pemain seterusnya yang akan menyertai pasukan akan lebih mudah memahami sistem permainan.

Antara formasi awal Inter musim ini:

image1

Lautaro seperti 9 and a half

Kita tak boleh panggil dia false 9 sebab dia memang 9 tulen. Namun peranannya memang floating attacker.

Di mana beliau akan kerap berlegar di belakang Lukaku untuk memenangi bola kedua ataupun mencipta ruang ketika perhatian diberikan pertahanan kepada Lukaku.

shot

Martinez seringakali terlepas dari perangkap dan kawalan ketika Lukaku diberikan marking seperti ini.

attal

Inter Milan kerap berada dalam formasi 3-1-4-2 namun pada masa yang sama berada dalam sistem yang mirip kepada 3-4-2-1 kerana Martinez akan turun seperti seorang no.10.

Lautaro akan aktif untuk membantu Lukaku sama ada menciptakan peluang ataupun cuba memenangi semula bola yang pemain itu terlepas.

Secara tak langsung Martinez membuatkan pertahanan kucar kacir / disorganized kerana pergerakannya dan ini membantu membuka ruang kepada Lukaku.

Lukaku dan linking up play

Salah satu penekanan utama Conte kepada target man beliau adalah memastikan mereka tidak syok sendiri untuk hanya menunggu bola.

Malah ketika di Chelsea pemain seperti Diego Costa terlibat aktif dengan binaan serangan.

Lukaku memiki fizikal yang keras dan membuatkannya menjadi sasaran utama pertahanan untuk dikenakan man marking.

Oleh itu Lukaku akan cuba menggunakan fizikalnya untuk mencipta binaan serangan dengan aktif menhubungkan bola dari kakinya dengan pemain lain.

image8

Rumusan

Lautaro Martinez dan Romelu Lukaku musim ini saling melengkapi antara satu sama lain.

Musim ini gandingan mereka sudah mencetak 51 gol.

Conte pasti tak mahu kehilangan salah seorang daripada mereka selepas kerja keras beliau membentuk gandingan ini sekurang kurangnya untuk musim hadapan.

Namun Lautaro sedang rancak dikaitkan dengan Barcelona.

Lautaro harus sedar, bahawa di Barcelona beliau mungkin tak akan mendapat sistem yang dibina khas untuk dia dan di sana tiada ‘Lukaku’.

Griezmann antara pemain yang tipikal seperti Lautaro Martinez. Dan masih bergelut untuk beraksi lebih konsisten dengan sistem permainan.

Baca juga artikel lain

Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Tactical Error’ Dan Ketumpulan City Memakan Diri

Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer

Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti

 

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group