Baru-baru ini, anak kepada lagenda skuad kebangsaan Brazil, Rivaldo iaitu Rivaldinho tertarik untuk beraksi di saingan liga utama rantau Asia Tenggara.

Rivaldinho bersedia untuk mempertimbangkan sebarang tawaran daripada kelab Thailand, Malaysia dan Indonesia sekaligus dijadikan sebagai destinasi beliau yang seterusnya.

Ternyata, bukan Rivaldinho sahaja yang berminat untuk beraksi di Asia Tenggara. Anak kepada seorang lagi lagenda Brazil, Romario iaitu Romarinho turut berminat untuk mencuba nasib dengan beraksi di Asean.

Romarinho
Romarinho. Sumber Gambar: Globo Esporte

Romarinho merupakan pemain yang beraksi sebagai penyerang dan berusia 26 tahun. Beliau memulakan karier profesional bersama Vasco de Gama, sama seperti ayah beliau.

Romarinho kebanyakannya beraksi bersama kelab di Brazil seperti Vasco de Gama, Brasiliense, Tupi dan juga Joinville, yang mana merupakan kelab semasa beliau.

Penyerang yang mempunyai ketinggian 1.76 meter ini juga pernah beraksi di Asia bersama kelab divisyen kedua Jepun, Zweigen Kanazawa pada 2016 lalu.

Romarinho
Sumber Gambar: Indosport.com

Akan tetapi, Romarinho gagal untuk menampilkan aksi terbaik terutamanya dari segi catatan gol bersama kesemua kelab yang pernah diwakili oleh beliau.

Setakat ini, kelab V.League iaitu Ho Chi Minh City FC dikhabarkan bersedia untuk mengambil khidmat Romarinho.

HCMC dikatakan menawarkan gaji yang sama seperti yang pernah ditawarkan kepada Rivaldinho $500 Ribu atu RM2.1 Juta setahun.

Baca artikel lain mengenai pemain lain yang tertarik beraksi di Asia Tenggara di sini:

Anak Rivaldo, Rivaldinho Tertarik Untuk Beraksi Di Liga Malaysia

“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”

Tujuh Pemain Malaysia Yang Boleh Beraksi Dalam Saingan Thai League