Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan Fandi gembira dengan rekrut baharu BG Pathum United, Andrés Túñez dan beliau mahu belajar sebanyak yang mungkin dengan bekas pemain Buriram United itu.

Setelah beraksi selama enam musim bersama Buriram dan memenangi beberapa kejuaraan domestik, pihak kelab membuat keputusan untuk menukar barisan pemain import bagi menghadapi baki saingan Thai League 1 musim ini sekaligus menamatkan kontrak Andrés.

Irfan Fandi
Andrés Tunez. Sumber Gambar: Buriram United

Setelah bergelar ejen bebas, BG Pathum serta-merta mendapatkan khidmat Andrés bagi mengukuhkan benteng pertahanan, selari dengan misi mereka untuk memenangi mahkota Thai League 1 musim ini. Irfan melihat perkara ini sebagai peluang untuk beliau menimba ilmu.

“Beraksi dengan Victor Cardozo dan Andrés Túñez adalah satu penghargaan yang besar. Kedua-dua pemain pernah beraksi di peringkat tertinggi dan juga mampu menjadi pemimpin di atas padang. Saya rasa saya boleh belajar banyak perkara dari mereka,” kata Irfan Fandi.

Irfan Fandi
Irfan Fandi. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Setakat ini, Irfan merupakan pilihan utama bagi membarisi benteng pertahanan BG Pathum United. Dengan kehadiran Andrés, BG Pathum dijangka menggunakan tiga pemain di bahagian pertahanan yang akan diisi oleh Irfan, Andrés dan Victor.

Selain Irfan, BG turut mempunyai seorang lagi pemain Asean iaitu penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United di sini:

Andres Tunez Sah Jadi Rakan Sepasukan Mat Yo, BG Pathum United ‘Kutip’ Pemain Bintang Thai League

BG Pathum United Bayar RM4.1 Juta Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin