Anak kepada bekas penjaga gol Asutralia, Mark Schwarzer iaitu Julian lebih memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina di pentas antarabangsa berbanding mengikut jejak langkah ayahnya.

Dalam satu temu bual, Mark menyatakan anaknya kini sedang proses untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi membenarkan beliau beraksi bersama Filipina dimana beliau akan bermula bersama skuad B-23 tahun terlebih dahulu.

Australia
Julian Schwarzer

Usaha bagi membawa Julian bagi beraksi bersama The Azkals sudah bermula sejak 2019 apabila pengurus pasukan kebangsaan negara itu, Dan Palami menawarkan slot dalam skuad B-23 tahun sekaligus membolehkan beliau beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019.

Julian boleh beraksi bersama Filipina apabila ibunya berasal dari negara jiran itu. Memulakan karier bersama Fulham, Julian kemudiannya berhijrah ke Jerman dengan menyertai FC Pipinsried pada 2018 sebelum kembali ke England dengan beraksi bersama Harrow dan kemudiannya Basingstoke.

Mark Schwarzer pula merupakan salah satu penjaga gol ternama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana beliau pernah beraksi bersama Middlesbrough, Fulham, Chelsea dan Leicester City dan memenangi gelaran juara liga ketika bersama Chelsea dan Leicester City.

Selain Julian, Filipina turut dikhabarkan sedang dalam usaha untuk meyakinkan pemain tengah kelab Bundesliga, VfL Bochum iaitu Gerrit Holtmann untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asai di sini:

MPFL: SMGB Group Sah Bergelar Penaja Utama Pahang Rangers

“Menyertai AFC Satu Kesilapan Besar Australia, Kita Mundur Dari Segenap Sudut Dan Habiskan Duit Begitu Saja.”

TRW Kelantan FC Dedahkan Berjaya Jana Lebih RM500,000 Dari Hasil Jualan Dan Barangan Rasmi Kelab