Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Arsenal melepaskan geram mereka pada West Brom dalam aksi Piala Carabao selepas tewas dua perlawanan liga pertama musim ini.

Amukan Arsenal menyaksikan hatrik daripada kapten Pierre-Emerick Aubameyang – dalam penampilan kesebelasan utama pertamanya musim ini.Nicolas Pépé, Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette juga menjaringkan gol dalam aksi yang sangat bertenaga.

Arsenal boleh dikatakan mengancam ke arah gol lawan dalam setiap serangan yang mereka lancarkan. Kemenangan ini penting untuk menaikkan motivasi pasukan menjelang aksi menentang Manchester City hujung minggu ini.

Selain itu, ianya meredakan sedikit tekanan di bahu Arteta dan meningkatkan kepercayaan peminat kepada proses yang dimaksudkan pengurus itu.

Persembahan Aubameyang merupakan salah satu positif bagi Arteta. Kapten kelab hanya menjaringkan gol sekali untuk Arsenal sejak diturunkan untuk derbi London utara pada bulan Mac.

Persiapan Aubameyang untuk musim ini terganggu oleh banyak isu termasuk penyakit, tetapi dalam aksi kali ini, dia tajam dan bertenaga.

“Gol beliau akan memberikan kesan positif untuk keyakinannya,” kata Arteta, yang memuji aksi yang disifatkannya serba lengkap seorang penyerang.

“Saya mengatakan kepemimpinan harus datang dari pemain senior, bersama dengan penyelesaiannya, dan selebihnya harus melengkapkannya dengan tenaga dan semangat yang mereka bawa – malam ini adalah contoh yang baik.”

Walaupun Aubameyang menarik perhatian, namun kekuatan utama Arsenal sebenarnya terletak pada kecemerlangan Saka dan beberapa sentuhan memukau oleh Martin Odegaard pada penampilan pertamanya sejak perpindahan tetap dari Real Madrid.

Aaron Ramsdale tidak begitu sibuk bertugas di depan gol dalam debutnya tetapi tetap melakukan tugasannya dengan bauk.

Pengurus West Brom, Valérien Ismaël pula membuat 11 pertukaran dalam kesebelasan utamanya dengan turut memberikan debut kepada 9 pemain muda mereka.

Biasanya pertandingamn piala adalah tempat pasukan underdog menurunkan pemain terbaik mereka, dan pasukan besar EPL pula yang seringkali dikritik kerana menurunkan pasukan ketiga atau keempat mereka – sehingga dianggap tidak menghormati kejohanan.

Valerian menyatakan bahawa piala EFL adalah bukan keutamaan mereka pada masa ini, kerana fokus mereka adalah Liga Kejuaraan dan kemaraan ke EPL musim hadapan.

Valerian menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa apa kesalahan dalam pemilihan pasukannya lali ini.

“Sudah jelas bahawa keutamaan kami adalah Kejuaraan,” jelas pengurus Perancis itu, yang menyatakan bahawa beliau tidak perlu rasa bersalah di atas keputusan dibelasah Arsenal.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group